4 Lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO Yang Berada di Malaysia

4 Lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO Yang Berada di Malaysia

Tahukah anda, di Malaysia terdapat lokasi yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jadi jom kita tengok 4 lokasi ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana mempunyai khazanah alam yang sangat bernilai dan diiktiraf dunia.

UNESCO Tapak Warisan Dunia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh pihak UNESCO terhadap tempat-tempat yang penting dalam warisan dunia. Ini bertujuan bagi memelihara lokasi-lokasi penting ini dari dimusnahkan oleh arus permodenan. Jadi anak cucu kita nanti juga boleh lihat dan nikmati tapak warisan dunia ini kelak.

Dari tahun ke tahun, pelbagai lokasi global dari pelbagai negara akan diiktiraf dan ditambah dalam senarai Tapak Warisan Dunia (World Heritage). Sehingga kini terdapat lebih 1000 tapak warisan telah diiktiraf di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Di Malaysia, sehingga kini terdapa 4 tempat yang telah diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagai World Heritage iaitu Gunung Mulu, Sarawak, Taman Kinabalu, Sabah, Lembah Lenggong, Perak dan Bandar Melaka dan George Town.

Gunung Mulu, Sarawak 


Gunung Mulu ini antara lokasi terawal yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di Malaysia iaitu pada tahun 2020. Ianya terletak di timur Sarawak dimana ketinggiannya sekitar 2376 meter. Dikatakan Gunung Mulu ini telah berusia lebih 1.5 juta tahun. Fakta menarik berkaitan Gunung Mulu ini adalah ruang dalamnya terkandung Sarawak Chambers yang dikatakan ruang terbesar di dunia yang boleh memuatkan 40 pesawat besar di dalamnya. 

Lembah Lenggong, Perak

Lembah Lenggong, Perak

Satu-satunya tapak warisan dunia berasaskan semula jadi yang ada di semenanjung Malaysia iaitu di Lembah Lenggong, Perak. Ianya terletak di kawasan Lenggong, Hulu Perak yang mana tempat penemuan penempatan manusia sejak zaman Paleolitik lagi. Disini berlakunya penemuan arkeologi terkenal iaitu Orang Perak (Perak Man) iaitu rangka peninggalan manusian yang berusia 11,000 tahun yang ditemui sekitar tahun 1990. 

Antara penemuan lain di Lenggong ini adalah peralatan batu berusia 100,000 tahun yang ditemui di Kampung Geluk dan Kampung Temelog. Kemudian penemuan bukti tapak penghasilan gangsa iaitu di Gua Harimau dan juga penemuan bukti penggalian yang dikatikan dengan zaman pra-sejarah. Ini membuktikan Lembah Lenggong ini terbukti sebagai tapak sejarah tamadun dunia.

Taman Kinabalu, Sabah

Taman Kinabalu, Sabah

Jika di Sarawak, ada Gunung Mulu di Sabah juga terdapat sebuah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Taman Kinabalu, Sabah. Ianya telah diwartakan pada tahun 1964 dengan melibatkan keluasan sehingga 754 km persegi. Namanya Taman Kinabalu dan disini juga terdapatnya gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu yang bertinggian 4095 meter. Selain daripada Gunung Kinabalu sendiri, disini juga terdapatnya lebih 4500 spesies flora dan fauna antaranya hutang gunung tropika, hutan spara alpine, tumbuhan renek dan banyak lagi. Taman Negara ini telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara. Terus pelihara warisan kita ini.

Bandar Melaka dan George Town

Bandar Melaka

George Town

Disini satu-satunya tapak warisan dunia di Malaysia yang melibatkan bandaraya. Bandaraya Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008. 2 bandar ini terbukti telah melalui zaman penjajahan 500 tahun lamanya yang menyebabkan berlakunya asimilasi dan juga akulturasi terhadap budaya hidup dan juga dari segi senibinanya. Jika anda datang disini, kebanyakkan seni binanya masih dikekalkan dengan seni bina lama sehingga sekarang. Kebanyakkan senibina di 2 bandar ini dipengaruhi oleh senibina Eropah. Mana lagi tempat di dunia ini masih wujud seni bina selain di Malaysia tau. Terus pelihara dan jangan dibiarkan ditelan zaman kemodenan. 


sumber : tripcarte asia

Post a Comment

Previous Post Next Post