Berita baik untuk rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan PKPB akan dihentikan pada 9 Jun dan diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Keputusan ini dibuat berikutan kes jangkitan dan penularan COVID-19 bagi kalangan rakyat tempatan yang berlaku di dalam negara menunjukkan kadar penurunan. Ini juga antara tindakan pantas daripada para petugas barisan hadapan bagi membendung jangkitan ini.
BACA : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020
PKPP Bermula 10 Jun Hingga 31 Ogos 2020
Dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia bagi menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan. Selain itu, norma baharu kehidupan harus terus di amalkan sepanjang tempoh PKPP ini.
YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) memberi tahu ada berita baik untuk golongan bujang pada sidang media semalam. Ya, bermula 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD. Jadi kepada semua orang yang ingin menziarah ibu bapa yang tinggal boleh berbuat demikian tanpa perlu kebenaran daripada pihak polis.
Tapi jika balik kampung, pastikan sentiasa jaga kebersihan diri, pakai face mask apabila berada di tempat orang ramai. Ingatlah, golongan tua antara mereka yang berisiko tinggi terkena jangkitan COVID-19 ini.
Selain itu, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi seperti biasa secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.
Diharapkan kepada semua rakyat Malaysia, sentiasalah amalkan norma baharu dimana sahaja seperti penjarakkan sosial, pakai face mask dan sentiasa cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. Kita mampu melawan COVID-19 ini.