via gsc
Pada beberapa minggu yang lepas, Menteri Kanan Keselamatan telah mengeluarkan arahan bagi membenarkan pembukaan semula panggung wayang bermula 1 Julai 2020 dengan mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan.
Kita sedia maklum, panggung wayang antara perkara bukan-keperluan yang terpaksa ditutup operasi bermula 18 Mac 2020 disebabkan penularan pandemik COVID-19 sekali gus arahan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi mereka terpaksa henti operasi sehingga 3 bulan lebih sehingga kini.
Pastinya dengan pengumuman daripada pihak Kerajaan dengan membenarkan beroperasi sebelum dalam tempoh PKPP ini akan memberika nafas lega kepada pengusaha panggung wayang dan pelanggan pun boleh tengok filem semula.
Antara pengusahan panggung wayang yang terkenal di Malaysia adalah GSCinemas, TGV Cinemas dan MBO Cinemas. Nampaknya mereka telah pun bersedia menerima kedatangan peminat-peminat filem dengan SOP dan penjarakkan sosial yang ditetapkan. Tidak dibenarkan lagi untuk kapasiti penuh dalam satu-satu masa.
Penjarakkan Sosial Berlaku Di Dalam Panggung Wayang
Sepanjang PKPP ini, mereka tidak lagi menonton dengan sebelah menyebelah antara penonton lain. Ini kerana SOP telah mengarahkan perlu adanya penjarakkan sosial sekali pun ketika duduk dan menonton filem. Jadi anda boleh lihat, jika anda sudah mula membeli tiket wayang, anda akan lihat visual baru penjarakkan sosial yang menjarakkan satu kerusi antara yang lain.GSCinemas
GSCinemas telah umumkan dimana, anda semua sudah boleh mula beli dan dapatkan tiket-tiket wayang mengikut tarikh dan waktu tayangan yang ditetapkan. Sebelum itu, mereka juga ada menyenaraikan beberapa tarikh tayangan bagi filem-filem baru. Penjarakkan sosial akan dibuat dengan menjarakkan 1 kerusi antara yang lain seperti dalam gambar.
Selain itu, GSCinemas akan mambuat tayangan semula bagi filem Baaghi 3, Pee Nak 2, Bloodshot, Venom, Spiderman-Homecoming dan Jumandi. Filem-filem ini hanya berharga RM5 sahaja. Mereka juga akan memberikan tayangan percuma bagi filem Jumanji, hanya sehari pada 1 Julai 2020 nanti.
Bermula 1 Julai 2020, waktu operasi GSCinemas adalah seperti berikut:
- Isnin - Khamis | 1pm - 10pm
- Jumaat dan Sabtu | 12pm - Tengah malam
- Ahad | 11am - 10pm
TGV Cinemas
TGV Cinemas juga akan mula beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan pada 1 Julai ini. Mereka juga akan melakukan penjarakkan tempat duduk selang 1 kerusi seperti di dalam gambar. Anda juga sudah boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang bagi tontonan selepas 1 Julai nanti.
Mereka juga taknak kalah, dengan hanya RM10 anda boleh menonton semula 4 filem iaitu Joker, Birds Of Pray, Hobbs & Shaw dan Spiderman-Homecoming berserta merasai pengalaman IMAXⓇ dan INDULGE. Harga RM5 untuk tayangan-semula filem pun ada seperti Jumanji, Boboiboy 2, Parasite dan banyak lagi.
Waktu Operasi bermula 1 Julai di TGV Cinemas :
- Isnin - Khasmi |12pm - 9pm
- Jumaat dan Sabtu | 12pm - 12am
- Ahad | 11am - 9pm
MBO Cinemas
Sebuah lagi antara panggung wayang terkenal di Malaysia adalah MBO Cinemas. Mereka juga telah mengumumkan bagi pembelian tiket wayang yang mula ditayangkan pada 1 Julai 2020 ini. Di sana juga akan berlaku penjarakkan satu kerusi daripada yang lain seperti di dalam gambar. Menerusi perkongsian awal, hanya terdapat beberapa lokasi yang masih belum dibuka antaranya
- MBO Harbour Place Klang
- MBO Space U8
- MBO Melaka Mall
- MBO U Mall Skudai
- MBO The Spring Kuching
Selain daripada itu, semua beroperasi seperti biasa dengan menekankan SOP beserta waktu operasi yang baharu:
- Isnin - Rabu | Dibuka dari 6pm
- Khamis & Jumaat | Dibuka dari 3pm
- Sabtu & Ahad | Dibuka dari 12pm
Dengan ini, anda perlu berpisah dengan teman dan rakan anda dengan 1 jarak kerusi. Susah lah nak kongsi popcorn selepas ini kan. Admin dah tak sabar nak tengok Digimon dan Peninsula ni. Kalau korang pergi sorang lepas ni, orang tak perasan dah la