Beberapa hari yang lepas, viral sebuah klip video daripada Buletin Utama TV3 dimana, terdapat seorang kakak baju putih membawa seekor kucing oren sambil berlari-lari anak melepasi lensa kamera ramakan video tersebut.
Pada asalnya klip video tersebut menceritakan patuhan SOP di R&R sepanjang PKPP dilaksanakan. Tetapi ada beberapa saat di dalam klip tersebut ternampak seorang kakak baju putih yang sedang membawa seekor kucing sambil berlari.
Disebabkan itulah, nitizen geli hati dengan cara kakak itu berlari ditambah pula dengan cara dia membawa kucing tersebut. Sebab itu juga lah, nitizen ada rasa hairan, kenapa kakak tersebut berlari sedemikian? Adakah dia curi kucing tersebut?
Jadi hari ini, melalui kuasa tular media sosial, New Straits Times telah berjaya membongkar cerita di sebalik klip video tersebut. Kenapa kakak tersebut berlari dan membawa kucing sedemikian?
Seperti yang dilaporkan oleh NST, nama kakak tersebut adalah Mayamin Husna Hisham dan kucing oren tersebut bernama Mineski atau Neski. Kucing tersebut bukan dicuri sebaliknya diselamatkan oleh Maya setahun yang lepas. Jadi kucing tersebut, memang milik dia dan bukan kucing curi.
Maya sebenarnya memiliki 15 ekor kucing termasuklah Neski. Kajadian yang anda nampak di dalam klip video tersebut adalah berlaku ketika Maya ingin pulang ke rumah ibunya di Sabak Bernam bersama Mineski dan 2 anak kucingnya.
gambar via NST
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, salah seekor anak kucing Mineski telah berak di dalam angkar kucing tersebut lalu Maya mengambil keputusan untuk berhenti di R&R Sungai Buloh untuk membersihkannya.
Mineski Bersama Tuannya, Maya
Jadi Maya membersihkan sangkar kucing tersebut bersama-sama anak-anak kucing termasuklah Mineski. Selepas selesai bersihkan sangkar dan anak kucing, akhir sekali Maya bersihkan juga Mineski. Dalam masa inilah, Maya baru perasan ketika itu sudah ramai polis dan askar yang berkeliaran di R&R ini seperti yang anda boleh lihat di dalam klip video tersebut.Disebabkan Maya memaka baju putih, terpaksa dia memegang kucing sedemikian rupa bagi mengelakkan bajunya kotor ketika membawanya ke kereta kembali.
Manakala cara dia berlari tersebut, katanya sebab rasa sedikit takut dengan kehadiran polis dan askar yang ramai. Maya pun tidak tahu akan kehadiran TV3 bagi membuat liputan di sana.
gambar via : NST
Selain itu, Maya risau jika Mineski akan takut sebab kehadiran kereta dan orang ramai ketika itu. Selepas selesai, dia teruskan perjalanan seperti biasa.
Siapa sangka kini Maya dan Mineski menjadi selebirti sosial media disebabkan kejadian mencuit hati yang berjaya dirakam oleh lensa TV3 kan.
Apa-apapun, admin pun terhibur tengok Maya dan Mineski dalam klip video tersebut. Setiap kali tengok, setiap kali tu gelak haha
Harap tuan kucing dan kucing sentiasa diberikan kesihatan dan dihindari daripada penyakit berbahaya seperti COVID-19 ini.
sumber : NST
Keywords:
viral