Akhirnya, Kerajaan telah membuat keputusan dimana ibadah Haji bagi rakyat Malaysia pada tahun ini, bagi tahun 2020 bersamaan 1441H akan ditangguhkan ke tahun hadapan. Keputusan ini disebabkan pandemik COVID-19 masih lagi berlaku di Arab Saudi terutamanya.
Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam sidang media khas yang berlangsung sebentar tadi.
Dalam pada itu juga, selain Malaysia, antara negara yang tidak menghantar jemaah ke Mekah seperti Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.
Ibadah Haji Bagi Rakyat Malaysia Kini Ditangguh
Jadi tahun ini tiadak Ibadah Haji untuk rakyat Malaysia.
Dalam sesi soal jawab, YB Menteri ada memberi jawapan dimana, pada bakal Haji yang akan pergi ke Mekah pada tahun ini akan dibawa ke tahun hadapan dan tahun hadapan akan dibawa ke tahun kemudiannya.
Sehubungan dengan itu, pihak Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan FAQ berkaitan keputusan Ibadah Haji ini.
Pastinya keputusan ini akan memberi kesan kepada mereka yang telah menunggu lama untuk mengerjakan Ibadah Haji.
Tetapi disebabkan penularan COVID-19 ini, terpaksa ianya dibatalkan. Semoga virus ini akan terus hilang dengan cepat selepas ini.
Tetapi disebabkan penularan COVID-19 ini, terpaksa ianya dibatalkan. Semoga virus ini akan terus hilang dengan cepat selepas ini.