Selepas ini, anda boleh dapatkan face mask secara percuma apabila anda membuat pembayaran menggunakan Razer Pay di cawangan terpilih 7-eleven seluruh Malaysia.
Jika sebelum ini, Razer ada umumkan mereka memberikan face mask secara percuma kepada pengguna Singapura termasuklah menyediakan vending machine bagi mereka dapatkan face mask di situ.
Razer tampil dengan inisiatif yang sama seperti di Singapura iaitu akan memberikan face mask secara percuma apabila pengguna membuat bayaran menggunakan Razer Pay di cawangan terpilih 7-Eleven.
Cara Untuk Dapatkan Face Mask Percuma Mengguna Razer Pay
Razer akan memberi Face Mask percuma bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 di cawangan 7-eleven seluruh Malaysia. Setiap pengguna Razer Pay akan menerima 1 Face Mask setiap bulan (jumlah 5 helai) dengan tebus di 7-eleven. Anda hanya pastikan akaun Razer Pay anda sudah verified sahaja.
Cara Tebus Face Mask
Jika sudah verified, anda akan diberi Kod QR dan anda akan gunakannya ketika anda ingin tebus Face Mask tersebut. Anda hanya perlu tunjukkan Kod QR tersebut di kaunter 7-eleven.
Tidak cukup dengan itu, jika anda belanja lebih RM10 dengan Razer Pay di 7-eleven, anda akan diberikan lagi sehelai Face Mask. Jika sudah selesai membuat pembayaran, anda hanya perlu tunjukkan Kod QR anda dan tebus.
Tidak cukup dengan itu, jika anda belanja lebih RM10 dengan Razer Pay di 7-eleven, anda akan diberikan lagi sehelai Face Mask. Jika sudah selesai membuat pembayaran, anda hanya perlu tunjukkan Kod QR anda dan tebus.
Cara Verified Akaun Razer Pay Anda
1. Kemudian Sign Up jika anda tidak mempunyai akaun Razer Pay lagi
2. Masukkan nombor telefon dan email
3. Isi nama penuh bersama-sama nombor kad pengenalan
4. Tentukan nombor PIN untuk pembayaran selepas ini
5. Pergi bahagian Me > klik pada Unverified (menunjukkan masih belum unverified)
6. Anda perlu verified email dan juga profile
a. Email - Klik sahaja verificatian email yang dihantar
b. Profile - Anda perlu tangkap gambar IC depan dan belakang dan send
7. Anda perlu tunggu akaun anda akan verified selepas 2 ke 3 hari selepas itu. Selesai!
Jika sudah verified, barulah anda boleh mula tebus Face Mask anda di cawangan terpilih 7-eleven. Tapi bukan jenama Razer la kot, jenama biasa la.