Cara Untuk Mengetahui Telur Telah Rosak

Cara Untuk Mengetahui Telur Telah Rosak

Jika anda peminat telur, anda sepatutnya perlu alert bagaimana cara untuk mengetahui telur tersebut telah rosak. Ianya melibatkan pemakanan yang diambil oleh kita atau ahli keluarga kita atau orang lain yang kita sediakan yang mana akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang.

Baru-baru ini ada isu dimana, ada individu yang keracunan makanan puding yang di dalamnya ada telur. Laporan ada memberitahu kemungkinan ianya datang daripada campuran yang telah rosak. Bila ianya rosak, ia akan memberi kesan buruk pada badan.

Justeru itu, kita semua harus tahu adakah makanan kita seperti telur tersebut masih elok atau sudah rosak dan sebagainya. Ianya bukan selamanya akan elok dan ada masanya telur tidak boleh digunakan lagi. Jadi jom kita tengok cara untuk ketahui telur anda telah rosak atau masih elok dan boleh dimakan.

Cara Tahu Telur Anda Telah Rosak Atau Masih Elok

Cara Untuk Mengetahui Telur Telah Rosak

1.   Kulit ada lapisan debu

Jika keadaan telur tersebut mempunyai lapisan berdebu, ianya merupakan tanda berkulat. Elakkan mengambil telur tersebut.

2.   Berbau busuk dan hanyir

Ini pastinya keadaan yang sangat terang. Bau dahulu telur tersebut sebelum digunakan. Jika ianya berbau busuk dan hanyir, buang la telur tersebut. Tanda ianya telah tamat tempoh atau rosak.

3.   Warna putih telur berubah

Jika anda menyediakan juadah menggunakan telur dan tiba-tiba anda perasan warna putih telur telah berubah, tanda ianya telah rosak. Buang cepat-cepat.

4.   Kulit berlendir

Jika anda pegang dan rasa telur tersebut seperti berlendir, ianya menandakan kulit tersebut ada tanda bakteria. Elakkan guna telur tersebut. Berbahaya.

5.   Kulit retak

Jika anda baru sahaja beli telur dan anda perasan pada kulitnya sudah retak, anda wajib buang dan jangan gunakannaya. Mungkin pendedahan telah berlaku lama. Bahaya tu.

6.   Telur terapung dalam air

Untuk cara tahu telur tu telah rosak, anda cuba rendam ianya di dalam air. Jika ianya terapung, ini bermakna telur tersebut adalah telur lama. Jangan makan dan sila buang.


Jika rasa ragu-ragu, jangan makan! Salmonella bakteria yang biasanya ada pada pada bahagian dalaman haiwan dan jika terkena pada manusia akan menyebabkan demam, muntah, cirit dan kematian. 

Jadi jika anda dapati telur tersebut dalam keadaan seperti diatas, jangan makan dan sila buang telur tersebut. Jaga kesihatan melalui pemakanan kita.



Post a Comment

Previous Post Next Post