Anda boleh semak baki akaun Bank Muamalat dengan 3 cara yang disediakan. Anda bebas untuk menggunakan mana-mana cara atau kaedah mengikut kesesuaian dan keadaan anda ketika membuat semakan tersebut.
3 cara yang anda boleh gunakany tersebut adalah melalui mesin ATM di mana-mana cawangan Bank Muamalat, melalui perbankan internet i-Muamalat dan aplikasi i-Muamalat Mobile. 1 cara anda perlu pergi ke mesin dan 2 lagi cara anda boleh semak melalui internet pada bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.
Jadi jom kita tengok 3 cara mudah untuk anda semak baki akaun Bank Mualamat dengan menggunakan mesin ATM dan perbankan Internet i-Mualamat
3 Cara Semak Baki Akaun Bank Muamalat
Semak Melalui Mesin ATM
Sekiranya lokasi mesin ATM berdekatan dengan anda, anda boleh gunakan cara ini:
- Masukkan kad debit Bank Muamalat anda
- Pilih bahasa
- Masukkan no. pin ATM
- Pilih menu bahagian Pertanyaan Baki
- Pilih Maklumat Baki
- Baki akaun bank anda akan dipaparkan di skrin ATM.
Semak Melalui Perbankan i-Muamalat
Cara semakan perbankan adalah cara yang paling mudah. Anda tak perlu keluar rumah untuk dapatkan akses semak baki akaun bank. Anda perlu daftar terlebih dahulu akaun i-Muamalat sebelum menggunakan perkhidmatan ini
Cara Daftar Pertama Kali Akaun i-Muamalat
- Pergi ke laman web www.i-muamalat.com.my
- Klik First Time Registration
- Tandakan Accept pada bahagian TnC dan kli Next
- Masukkan no kad ATM Bank Muamalat anda. Kemudian masukkan no pin yang anda pilih sama ada ATM pin atau IB pin. Akhir sekali masukkan no kad pengenalan (MyKAD) anda. Dah selesai, klik Next
- Kemudiaan tetapkan username dan password. Anda akan gunakan setiap kali untuk log in akaun i-Muamalat. Pilih gambar sebagai sekuriti dan klik Next.
- Selesai!
Cara Semak Baki Akaun Bank Muamalat Guna Perbankan Internet i-Muamalat
- Log In akaun i-Muamalat anda menggunakan usernam dan passoword yang telah ditetapkan
- Kemudian pada bahagian dashboard. Pilih My account kemudian Account information.
- Disini akan dipaparkan secara lengkap maklumat jumlah baki akaun Bank Muamalat anda
Semak Melalui Aplikasi i-Muamalat
- Buka aplikasi -Muamalat Mobile
- Masukkan Username dan password yang telah didaftarkan seperti di perbankan internet i-Muamalat
- Klik pada menu Account Summary (Current Account)
- Disini akan dipaparkan maklumat jumlah baki akaun bank anda.
Itulah antara 3 cara mudah untuk anda sema baki akaun Bank Muamalat melalui mesin ATM, perbankan Internet i-Muamalat dan aplikasi i-Muamalat Mobile. Semoga bermanfaat.