Tips Dan Cara Pilih Durian Masak Dengan Betul

Tips Dan Cara Pilih Durian Masak Dengan Betul

Sekarang dah masuk musim durian bagi seluruh Malaysia. Jadi bagi mendapatkan kepuasan maksimum kesedapan isi durian, jom tengok tips dan cara pilih durian masak atau matang dengan betul.

Inilah istimewa Malaysia kan, katanya macam-macam musim ada kat sini. Kalau di oversea, ada musim sejuk, luruh, panas dan bunga. Tapi di Malaysia, ada musim hujan, musim buah, musim banjir, musim raya dan paling best musim durian ni lah. Mana kan tidak, dimana-mana sahaja anda boleh makan durian.

{tocify} $title={Table of Contents}

Kalau memandu di luar, setiap kilometer ada je orang jual durian. Kalau nak balik kampung, tepi highway pun orang jual durian. Di bandar ada jual, di kampung pun ada jual. Merata-rata la orang jual. Itulah musim durian yang telah tiba sekarang ni kan.

Disebabkan sudah masuk musim durian sekarang ni, jom kita tengok dan belajar sikit cara dan tips untuk pilih dan dapatkan durian matang atau masak dengan betul. Dapat durian best barulah nikmat nak makan kan.

Cara Pilih Durian Masak Dengan Betul

Tips ini dikongsikan oleh Pendidikan Pemasaran FAMA melalui poster untuk orang ramai. Supaya pengguna dapat beli dan menikmati durian matang secara maksima dan mengelakkan ditipu sebelum membeli durian muda kan.

#1.  Goncang Buah

Tips ini adalah dengan anda goncang durian terlebih dahulu sebelum membeli. Buah yang masak akan terasa goncangan di dalamnya.

Goncang Buah

#2.  Sentuh Pada Duri

Inilah keunikan durian, duri di luar, manis di dalam. Jadi untuk nak tahu durian tu dah matang, sentuh pada duri tersebut. Buah yang masak memilik duri yang agak lembut.

Sentuh Pada Duri

#3.  Ketuk Buah

Cara ini dibuat bagi ketahui isi di dalamnya. Buah yang masak, bunyinya seakan kosong di dalamnya jika diketuk

Ketuk Buah

#4.  Hidu Baunya

Inilah nikmat durian, orang tak suka baunya, tapi suka pada isinya. Jadi nak tahu durian sudah masak, hidu buah terlebih dahulu. Buah yang masak akan keluarkan aromanya yang kuat.

Hidu Baunya

Itulah antara tips dan acara untuk anda pilih durian masak dengan betul. Dah puas hati, barulah beli dan makan ramai-ramai.


sumber : FAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post