Anda ingin dengar video Youtube sambil skrin di tutup? Ikuti tips dan cara mainkan video Youtube tanpa menggunakan aplikasi tambahan bagi pengguna iPhone dan juga pengguna Android. Tips yang mudah sahaja.
Anda mungkin berminat untuk mendengar lagu, dengar ceramah, podcast, tutorial yang ada di Youtube. Tetapi dalam masa yang sama, anda ingin buat kerja lain di aplikasi lain. Mungkin nak dengar lagu sambil main facebook, twitter dan sebagainya.
Secara asasnya, anda tidak boleh mainkan 2 aplikasi serentak; anda tak boleh dengar lagu daripada Youtube sambil layan Twitter. Anda kena bukan Youtube sahaja, atau layan Twitter sahaja. Tetapi sebenaranya ada cara yang anda boleh lakukan untuk mainkan 2 aplikasi ini serentak tanpa menggunakan aplikasi tambahan pun.
Anda boleh dengar lagu, ceramah di Youtube sambil layan Twitter ataupun anda boleh tutup skrin telefon anda. Jadi lagu tetapi dimainkan walaupun anda dah tutup skrin.
Jom kita tengok cara mainkan video Youtube serentak dengan aplikasi lain ataupun skrin di tutup tanpa menggunakan aplikasi tambahan. Tips dan cara ini boleh digunakan bagi pengguna iPhone dan Android untuk tahun 2020.
Bagi Pengguna iPhone
Anda hanya menggunakan aplikasi yang tersedia di dalam iPhone anda iaitu aplikasi Safari. Ikuti caranya dibawah:
1. Anda buka Safari di iPhone anda dan taip www.youtube.com
2. Kemudian klik ikon arrow dibahagian bawah dan pilih Request Desktop Site (bagi pengguna iOS 12 dan ke bawah)
Bagi pengguna iOS13 - Anda klik aA dibahagian kiri atas dan tekan Request Desktop Website dan klik done
3. Jadi anda boleh mula cari lagu yang anda dengar di Youtube dan klik Play. Bila lagu sudah dimainkan, anda keluar ke Home
(pada masa ini, lagu akan pause)
4. Akhir sekali, pergi ke Control Centre dan klik Play (untuk lagu tadi)
Lagu akan dimainkan semula. Jadi anda bebas untuk gunakan mana-mana aplikasi atau anda boleh tutup skrin iphone anda sambil dengan lagu kegemaran anda tersebut.
Bagi Pengguna Android
Tips dan cara ini boleh digunakan bagi semua pengguna Android, ini kerana anda boleh gunakan aplikasi Chrome yang sedia ada di dalam telefon anda. Caranya pun sama lebih kurang sama seperti tips di iPhone
1. Buka aplikasi Chrome dan taip www.youtube.com
2. Kemudian tekan tiga titik bertindih dibahagian kanan atas dan tik Desktop Site.
3. Anda boleh cari lagu yang anda minat dan klik Play. Bila lagu sudah dimainkan, anda boleh tekan Home.
(pada masa ini, lagu akan pause)
4. Akhir sekali, anda tarik notifikasi bar anda dan tekan Play kembali
(pada masa ini, lagu akan pause)
4. Akhir sekali, anda tarik notifikasi bar anda dan tekan Play kembali
Jadi anda boleh teruskan mendengar lagu di Youtube sambil main aplikasi lain atau boleh tutup skrin telefon anda.
#Alternatif Lain Bagi Pengguna Android
Khusus pengguna Android, jika anda tidak mahu gunakan cara yang ditunjukkan di atas. Anda boleh guna pelbagai aplikasi tambahan untuk mainkan video Youtube walaupun skrin di tutup.
Anda boleh muat-turun aplikasi Youtube Pink atau Youtube Vanced daripada pengedar pihak ketiga. Antara fungsi hebat yang anda boleh dapat melalui aplikasi ini adalah :
- Anda boleh mainkan video Youtube walaupun skrin di tutup
- Anda boleh mainkan video secara terapung di hadapan aplikasi lain
- Tiada iklan dipaparkan
Semoga tips dan cara mainkan vide Youtube walaupun skrin di tutup ini akan memberi manfaat kepada anda khusus bagi penggunaa iPhone dan Android.
Jangan lupa tekan butang share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.