Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


Kadang ada barang yang kita jual di Shopee, kita rasa nak hantar sendiri atau guna runner je. Tapi Shopee hanya sediakan courier yang ditetapkan seperti J&T, DHL atau Pos Laju. Tapi sebenarnya ada cara untuk hantar barang hanya guna runner sendiri atau delivery sendiri je.

Shopee antara laman e-dagang terbesar di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Dilaporkan pada suku ke-2 tahun 2019, lebih 200 juta pelawat yang masuk ke halaman Shopee untuk membeli barang. Takkan tiada seorang pun yang akan mencari barangan yang kita pasarkan di Shopee kan.

Sebab itu lah, Shopee menjadi antara tempat yang paling sesuai untuk membeli disebabkan banyak pilihan dan juga sesuai untuk menjual kerana ramainya potensi pelanggan kita. Tetapi untuk mula berniaga di Shopee, kita mestilah tahu selok belok sistem yang digunakan di Shopee ini bagi memudahkan urusan kita.

Berniaga Di Shopee

Anda boleh berniaga apa sahaja di Shopee, nak berniaga baju, seluar, jam tangan, makanan, servis dan sebagainya. Tetapi kalau kita jual baju ke seluar ke kita boleh pos barang seperti biasa tetapi macam mana pula kalau kita jual kuih muih, lemang atau kita sediakan servis?

Untuk melayakkan anda mendapatkan bayaran daripada pembeli, anda perlu pos barang dan masukkan nombor tracking. Anda nak post ke kuih muih tersebut guna pos laju? Tak sampai, dah basi kan.

Sebenarnya ada cara! Anda boleh jual barang seperit kuih muih atau makanan atau servis tanpa menggunakan courier yang ditetapkan sebaliknya, anda boleh gunakan runner sendiri ataupun mana-mana servis penghantaran tanpa masukkan nombor tracking.

Cara ini juga boleh dibuat, jika anda menjual eBook, servis dan pelbagai lagi. Guna cara yang dikongsikan oleh Sakinah MK di Twitter.

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri

Sebelum anda ingin tahu cara ini, pastikan anda sudah faham berkaitan bagaimana Shopee ini berfungsi. Cara nak masukkan barang, letak harga, caj yang dikenakan oleh Shopee dan sebagainya. Kalau anda masih kosong berkaitan Shopee, anda boleh terus dapatkan panduan berniaga di Shopee ini.

Selain itu, perkara asas sekali adalah buyer akan bayar ke Shopee terlebih dahulu, kemudian barulah Shopee akan lepaskan duit ke Seller bila barang telah sampai. Ini ASAS!

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan dibawah ini dengan menggunakan Komputer lebih berkesan.

 Langkah 1 

Log in ke seller center di seller.shopee.com.my. Anda mesti gunakan komputer untuk lebih mudah proses seterusnya. Kemudian anda perlu sign in akaun Shopee anda dan ikuti langkah sehingga selesai.

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 2 

Bila sudah masuk bahagian Dashboard Shopee, lihat bahagian kiri dan klik My Shipping.

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 3 

Pada bahagian ini, by default, bahagian J&T dan DHL akan on. Nak biarkan on pun tak apa, tak ganggu pun

Kemudian pada Shipping Fee Included juga akan akan on, jadi tolong off pada bahagian ini, kalau tidak nanti anda akan tanggung kos penghantaran.

Akhir sekali ON Other (West/East) bergantung dimana anda berniaga. 

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 4 

Jika sudah selesai, anda boleh mula upload barang atau produk anda di Shopee dengan cara lihat pada bahagian kiri dan klik Add New Product. Letak nama produk, kategori yang sesuai, maklumat-maklumat penting dan sebagainya.

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 5 

Kemudian pada bahagian deskription.

Pada bahagian tajuk, letak siap-siap barangan anda cover kawasan mana diikuti pada bahagian description. Kalau anda jual makanan, pastinya kawasan berdekatan sahaja anda nak deliver kan.

Anda jual apa,
Bagaimana penghantaran akan dibuat, (runner, self-delivery dan sebagainya)
Bila delivery akan dibuat dan sebagainya la.


 Langkah 6 

Dalam bahagian ini ada ruang Shipping. Ini bahagian penting!

Pada Shipping ni, off semua sekali kecuali Others. Kemudian masukkan kos runner atau delivery pada bahagian ini. Bergantung kepada anda.

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 7 

Akhir sekali Save and Publish.

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri

Cara Proses Bila Masuk Order

Jadi dah lepas dapat order daripada buyer, macam mana anda nak proses barang anda tersebut sehingga barang sampai ke buyer dengan selamat. Ikuti cara yang ditunjukkan dibawah ini.

Anda boleh gunakan aplikasi Shopee atau Komputer. Terpulang.

 Langkah 1 

Di aplikasi Shopee pergi pada tab Me kemudian My Shop. Pilih To Ship. Pada bahagian ini, cari barang yang perlu diproses dan klik Ship.

Kat My Sales akan paparkan semua orders. Proceed order yang ada kat TO SHIP je. TO PAY ialah unpaid orders. Jangan excited sangat kalau kat TO PAY pastu gi proses lak. 

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 2 

Kemudian akan dipaparkan details pesanan. Klik SHIP dan klik Courier untuk pilihan jenis courier yang disenaraikan. Terdapat banyak jenis courier, tetapi kali ini anda pilih Others je

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 3 

Lepas pilih Others, tap Tracking Number pula. Pada bahagian ini, anda bebas untuk letak maklumat penting. Anda boleh letak nombor telefon runner kalau guna rider ataupun nak masukkan nombor telefon seller pun boleh. Anda juga boleh letak order ID supaya buyer boleh track sendiri.

Dah selesai, tekan SHIP

Cara Hantar Barang Shopee Guna Runner Atau Delivery Sendiri


 Langkah 4 

Anda perlu tahu, cara ini anda tak boleh track barangan tersebut, buyer pun perlu tahu perkara ini supaya mengelakkan kekeliruan.

Jika anda menggunakan runner, jika sudah sampai barang tersebut, pastikan buyer klik Received Order depan runner tersebut atau depan anda kalau anda hantar sendiri.

Selesai!



Post a Comment

Previous Post Next Post