Cara Elak Masalah Cermin Mata Berkabus Ketika Memakasi Face Mask

Cara Elak Masalah Cermin Mata Berkabus Ketika Memakasi Face Mask

Masalah yang dihadapi biasanya kepada mereka yang pakai cermin mata ketika menyarungkan face mask adalah berlakunya masalah kabus atau wap pada cermin mata tersebut. Jadi terpaksalah lap banyak kali kan.

Sekarang memakai topeng mulut dan hidung atau face mask menjadi antara normal biasa diseluruh dunia termasuk Malaysia. Jadi semua orang pakai face mask termasuklah yang pakai cermin mata pun.

Tapi bila golongan 'specky' ni pakai face mask akan timbul satu masalah iaitu akan berlakunya kabus pada cermin mata tersebut. Kejadian ini disebabkan hembusan pernafasan daripada individu tersebut. Udara yang dilepaskan oleh manusia adalah lembap, jadi jika ia terkena pada permukaan cermin, akan terbentuk wap air. Jadi mereka-mereka ni pasti tak nampak la sebab dan berwap kan.

Cara Elak Masalah Cermin Mata Berkabus Ketika Memakasi Face Mask

Terpaksalah cabut cermin mata dan lap untuk hilangkan wap tersebut. Jadi setiap kali bernafas akan berlaku wap ini. Jadi nak elak, jangan bernafas la kan.

Jangan risau, pihak KKM ada kongsikan tips cara nak elakkan cermin mata daripada berwap disebabkan nafas kita semasa memakai face mask.

Tips Dan Cara Elak Cermin Mata Berwap Semasa Memakai Face Mask

Masalah ini sudah tentunya hanya dirasai oleh mereka yang memekai cermin mata sahaja. Kalau tak pakai, mata kita tak berwap pun. Jangan risau. Mata sendiri pun ada cecairnya sendiri. Ikuti tips yang dikongsikan oleh KKM dibawah

1.   Basuh Cermin Mata Guna Sabun Dan Keringkan

Selepas pakai face mask, basuh dan rendam cermin mata dengan sabun di dalam bekas. Kemudian angkat dan biarkan ianya kering dengan sendiri atau lap sedikit sahaja. 

Cara ini diberitahu berkesan bagi mengelakkan cermin berwap kerana pada permukaan cermin tersebut kini terkandung lapisan sabun tersebut yang rata-ratanya sabun adalah bahan elak air. Jadi susahlah wap nak terbentuk ketika anda memakai face mask.

2.   Tutup Rapat Face Mask Tersebut

Cara Elak Masalah Cermin Mata Berkabus Ketika Memakasi Face Mask

Cara ini sangat penting. Biasanya pada bahagian atas face mask mengandungi bahagian yang keras dimana anda boleh bentukkan mengikut saiz hidung anda. Jadi anda perlu tutup sekemas-kemasnya pada bahagian ini bagi mengelakkan hembusan nafas anda terkeluar ke atas dan akan kena pada cermin mata.

Inilah ruang penyebab berlakunya kabus atau wap di cermin mata anda. Pakai dengan betul, pastikan bahagian keras diatas dan bahagian lembut dibawah.

3.   Letak Tisu Pada Bahagian Dalam Mask

Cara seterusnya yang dikongsikan adalah dengan meletakkan tisu pada bahagian dalam face mask. Ini kerana tisu tersebut akan menyerap kelembapan hembusan nafas anda. Yang akhirnya tiada wap dilepaskan keluar daripada face mask anda.

Cara ini mungkin sedikit rimas, sudah pakai mask, kemudian kena letak tisu pula kan. 

4.   Spray Anti-Kabus

Cara Elak Masalah Cermin Mata Berkabus Ketika Memakasi Face Mask

Cara ini mungkin menggunakan sedikit kos perbelanjaan. Antara yang sesuai digunakan bagi elak cermin mata berkabus dengan menggunakan spray anti-kabus yang dijual dipasaran. Cara ini pastinya berkesan bagi menyelesaikan masalah ini. Ada lapisan anti-fog akan terbentuk pada cermin mata anda dan pastinya tiada wap boleh melekat padanya.

Info Lanjut : SHOPEE/Icon/button LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-success


sumber : Worldofbuzz

Post a Comment

Previous Post Next Post