Cara Dapatkan iOS 14 Ke iPhone Anda... Tetapi Atas Risiko Anda Sendiri

Cara Dapatkan iOS 14 Ke iPhone Anda

Apple baru sahaja memperkenalkan iOS 14 di dalam WWDC20 pada selasa lepas. Jadi jika anda ingin menjadi pengguna terawal menggunakan iOS 14 ini, Apple menyediakan iOS 14 for developers buat masa ini.

Ini lah antara cara terpantas untuk anda gunakan ciri terbaru daripada iOS 14 melalui iOS 14 beta dan anda perlu sign up untuk menjadi Apple Developer terlebih dahulu. Atau jika tidak anda hanya perlu tunggu iOS 14 public beta yang kemungkinan dilepaskan versi stabil pada bulan September kelak.

Anda perlu tahu terlebih dahulu, versi beta ini adalah versi yang masih belum stabil dan kebarangkalian untuk iPhone anda tidak berfungsi dengan baik adalah tinggi. Jadi jika anda sanggup pakai, semua risiko adalah tanggungan pengguna itu sendiri.

Cara Dapatkan iOS 14 Ke iPhone Anda

Bukan semua iPhone menyokong iOS 14 dimana iPhone yang lebih tua daripada iPhone 6S tidak akan dapat iOS 14 versi Beta atau versi penuh apabila ia dilancarkan secara rasmi nanti. Antara iPhone yang mendapat sokongan iOS 14 adalah seperti berikut :
  • iPhone SE (2020)
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE (2016)

Cara Kemaskini iOS 14 Beta di iPhone Anda

Jika iPhone anda menyokong update iOS 14, anda boleh lihat langkah-langkah dibawah bagi kemaskini iPhone anda ke iOS 14 beta.

1.  Backup iPhone Anda

Jadi sangat-sangat dinasihatkan untuk anda backup iphone terlebih dahulu. Dengan ini, anda boleh restore segala setting,data atau file sedia ada kepada versi normal jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti phone brick dan sebagainya.

Ianya masih diperingkat Beta dan pastinya tidak stabil dan boleh berlaku apa-apa sahaja pada iphone anda. Backup iPhone ada terlebih dulu.

2.  Download iOS 14 Profile

Untuk melayakkan anda menggunakan kemaskini terbaru ini, anda perlulah terlebih dahulu download iOS beta profile di betaprofiles.com

Cara Dapatkan iOS 14 Ke iPhone Anda

3.  Install iOS 14 Profile

Jika sudah selesai download, anda perlu install pula. Anda pergi ke Setting > General > Profile, kemudian pilih Profile Downloaded dan klik padanya

Cara Dapatkan iOS 14 Ke iPhone Anda
kredit gambar : Future

4.  Download dan Install iOS 14

Jika iOS 14 beta profile sudah siap install. pergi semula ke Setting dan kemudian pergi ke General dan pilih Software Update. Anda akan nampak pilihan untuk download iOS 14. Dengan file hampir 5GB, pastikan anda download dengan sempurna.

Cara Dapatkan iOS 14 Ke iPhone Anda
kredit gambar : Future

Jika sudah selesai, restart iPhone anda dan anda sudah bersiap sedia untuk menggunakan dan menguji iOS 14 versi beta.

Post a Comment

Previous Post Next Post