Cara Daftar SSM Secara Online Dengan Mudah Dan Cepat

Cara Daftar SSM Secara Online

Kepada yang mahu mulakan perniagaan dan ingin daftar perniagaan tersebut, lebih mudah ikuti cara daftar SSM secara online dengan mudah dan cepat ini sahaja. Ini bagi mengelakkan anda perlu beratur di kaunter.

Menerusi Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (AAP 1956), segala jenis perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi  maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan. Ianya termasuklah perniagaan dalam talian (online).

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
  • Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.

Sebelum ini, jika anda ingin daftarkan perniagaan (SSM), anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM dan pergi ke kaunter untuk daftar. Jika tidak bernasib baik, anda perlu beratur dan tunggu giliran.

Kenapa nak susahkan diri, sekarang ianya menjadi lebih mudah. Kini anda boleh daftar SSM secara online sahaja. Pastinya lebih mudah, cepat dan tak perlu pun beratur di kaunter SSM kan.

Cara Daftar SSM Secara Online

1.  Untuk pendaftaran, pergi ke pautan ezbiz.ssm.com.my kemudian klik Sign Up dan Register. Pastikan nama anda sama seperti yang ada di dalam IC anda.

Jika sudah selesai, anda boleh Sign In kembali.

Cara Daftar SSM Secara Online

*Untuk pertama kali, anda perlu juga pergi ke kaunter SSM untuk verify IC beserta thumbprint untuk activation. Selepas itu, barulah anda boleh guna sepenuhnya secara online sahaja

2.  Kemudian klik New Business dan isikan kesemua borang yang ada seperti ditunjukkan. Letak nama syarikat anda tu betul-betul tau.

  • Nama perniagaan
  • Tarikh permulaan perniagaan
  • Alamat utama perniagaan
  • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
  • Maklumat pemilik dan rakan kongsi
  • Jenis perniagaan yang akan dijalankan
  • Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Cara Daftar SSM Secara Online

3.  Pada bahagian Business Information ini, anda perlu letak details apa perniagaan yang anda buat bagi mengelakkan anda perlu kemaskini balik nanti.

Cara Daftar SSM Secara Online

4.  Pada bahagian business code pula, pilih sahaja mana-mana yang berkaitan. Tidak semestinya apa yang anda jual sekarang. Yang belum jual tapi rasa nak jual pun boleh masukkan. Tetapi ini boleh ditambah selepas ini.

Cara Daftar SSM Secara Online

Kiranya anda ada lesen untuk jual seperti kod yang anda pilih itu, tapi kalau tak guna pun takpa.

5.  Dah siap isi semua, boleh proceed untuk pembayaran. Anda boleh pilih pakai kad debit atau guna online banking sahaja.

Personal name (IC) = RM30

Trade name = RM60

Business Info = RM10

Cara Daftar SSM Secara Online

6.  Kemudian anda tunggu email atau anda boleh semak di My Bussiness Service > list new bussiness registration. Kalau dalam query, follow and reply the query. Jika sudah approved, barulah anda pendaftaran perniagaan anda sudah berjaya.

Pastikan anda download kesemua sijil yang diberi. Ini kerana ianya hanya available selama 14 hari sahaja.

Cara Daftar SSM Secara Online

Jadi jika sudah daftar dengan SSM, anda kini baru boleh mula berniaga jika ikut akta yang ditetapkan.

Selain itu, dengan adanya SSM ini, pastinya akan membina kepercayaan yang lebih kepada pelanggan kita kan. Lebih ramai yang percaya dengan perniagaan anda kerana sudah didaftarkan.

BACA : Cara Renew SSM Secara Online. Cepat Dan Mudah!

Anda juga boleh renew lesen perniagaan anda disini. Buat secara online sahaja.

Harap cara daftar SSM secara online ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda terutamanya golongan peniaga yang berada di luar sana.


sumber : twitter aimi

Post a Comment

Previous Post Next Post