Kepada yang layak, ikuti cara buat permohonan bantuan PENJANA sebanyak RM300 secara one-off melalui Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT).
Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, golongan ibu tunggal akan menerima bantuan RM300 secara one-off dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Jadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dibawah Jabatan Pembangunan Wanitan (JPW) telah mengeluarkan cara buat permohonan bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang pastinya akan memberi manfaat kepada golongan ini di Hari Raya Aidil Adha yang akan datang.
Siapakah Ibu Tunggal?
Menurut definisi KPWKM, ibu tunggal adalah perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah:
- Taraf perkahwinan balu atau bercerai, berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Cara Memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) Dengan Bayaran RM300 Secara One-Off
Ibu tunggal akan menerima bantuan RM300 secara one-off dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Bayaran adalah mulai julai sehingga November 2020.
Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data JK, LPPKN dan JPW. Tetapi kepada ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 secara online dan manual.
Syarat Permohonan
Ibu tunggal layak memohon jika memenuhi syarat seperti yang ditetapkan::
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal) dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.
Permohonan Online Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)
Permohon perlu isi borang mengikut negeri pemohon jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/ dan perlu log masuk ke akaun google terlebih dahulu untuk mengisi borang permohonan.
Permohonan BKIT Secara Manual
Ibu tunggal juga boleh membuat permohonan secara manual di :
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN/JKM Negeri/PKMD/LPPKN) atau
- Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon di Sabah) atau
- Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak)
Justeru itu, anda perlu sediakan dokumen mandatori dan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti dibawah:
- Salinan MyKad
- Salinan Penyata Akaun tahun semasa
- Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
- Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin/My Kid/ MyKad/ Sijil Pengangkutan dari JPN dan
- Salinan Slip Gaji terkini/ Pengesahan Pendapatan (Surat pengesahan daripada Penghulu/ Majikan)
- Surat Akuan Doktor dan surat akuan sumpah (sekirannya dalam proses penceraian) (dokumen sokongan)
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT), anda boleh hubungi no telefon seperti yang dipaparkan dibawah:
No Telefon : 03-8232 1000
No Faks : 03-8323 2034
Email : infojpw@jpw.gov.my
Website : www.jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia