Perak Membenarkan Solat Jumaat Bermula Esok Dan Solat Aidil Fitri Bersyarat

Perak Membenarkan Solat Jumaat Dan Solat Aidil Fitri Bersyarat Bermula Esok

Selepas Johor mengumumkan semalam, hari ini Perak juga telah membuat keputusan yang sama iaitu dengan membenarkan Solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri bersyarat bermula 15 Mei 2020 dan sepanjang PKPB ini.

Keputusan ini dibuat setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang berpandukan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Solat Jumaat Dan Solat Aidil Fitri Dibenarkan Di Perak

Perak Membenarkan Solat Jumaat Dan Solat Aidil Fitri Bersyarat Bermula Esok

Jadi bermula 15 Mei 2020 (Jumaat), Solat Jumaat dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau di negeri Perak selepas lebih sebulan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac yang lepas.

Selain daripada itu, menjelang Hari Raya kelak, Solat Sunat Aidilfitri turut dibolehkan di adakan di masjid dan surau. Tetapi kesemua solat ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang (termasuk imam dan khatib) dan mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun tidak digalakkan hadir. Jumlah ini adalah tertakluk kepada ahli Jawatankuasa Karian dan Pegawai Masjid dan Surah sahaja dan tidak dibuka kepada orang awam.

Mereka yang hadir perlu membuat semakan suhu badan, sanitasi dan rekod kehadiran dan selain itu mereka hendaklah mengambil wuduk terlebih dahulu di rumah dan membawa sejadah sendiri masing-masing. Sudah pastinya mereka yang mempunyai gejala seperti demam tidak dibenarkan hadir. 

Tempoh bagi melakukan ibadah Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri ini adalah tidak melebihi 20 minit pada tiap-tiap waktu tersebut beserta khutbah tidak melebihi 10 minit seperti yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).


Post a Comment

Previous Post Next Post