Sila jaga aircond rumah anda dengan baik. Jangan tunggu bila pendingin hawa rumah anda dah keluarkan udara panas barulah nak bertindak. Jadi jom tengok panduan mudah cara bersihkan aircond di rumah anda.
Seperti kebanyakan peralatan rumah untuk memastikan aircond anda berfungsi dengan baik dan dan cekap dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda perlu lakukan maintenance atau penyelenggaraan terutamanya lakukan pencucian. Sebenarnya tugas penyelenggaraan ini tidaklah rumit dan boleh dilakukan sendiri, tak perlu bagi technician pun yang kadang mungkin melibatkan kos.
Pastikan pendingin hawa anda sentiasa dalam keadaan bersih dan diselenggara secara berlaka supaya dapat mengelakkan masakan kerosakan yang lebih teruk yang pastinya memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk membaikinya.
Kesan baik daripada pembersihan aircond ini adalah, ianya akan menjadi lebih cepat sejuk dan pastinya dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan hasilnya ia membantu mengurangkan impak buruk terhadap alam sekitar. Selain udara sejuk, kebaikkan lain adalah boleh menikmati udara yang lebih segar dan bersih di dalam rumah.
Cara Bersihkan Aircond Sendiri Di Rumah
Terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikut bagi membersihkan aircond di rumah anda yang terpakai pada kebanyakkan jenis aircond di pasaran sekarang.
1. Pastikan sambungan kuasa telah diputuskan sepenuhnya terlebih dahulu
2. Keluarkan kesemu penapis unit (filter) pendingin hawa dan cuci habuk yang ada dan melekat pada penapis tersebut.
3. Sembur WD-40 3-In-One Professional Air Conditioner Cleaner pada sirip penyejuk secara menegak dari arah kiri ke kanan. Pastikan semburan menutupi keseluruhan permukaan sirip. Ia adalah agen mencuci berasaskan air yang menguraikan kotoran, gris dan kulat daripada gegelung penyejuk aircond anda.
4. Biarkan agen pembersih menembusi sirip. Tunggu selama kira-kira 10 minit, kemudian pasang semula penapis unit.
5. Hidupkan penyaman udara selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan kotoran yang melekat dapat keluar melalui hos saliran
Keywords:
tips