Kondom, Mesin Rambut dan Nintendo Switch Antara Pencarian Popular Rakyat Malaysia Semasa PKP

Kondom, Mesin Rambut dan Nintendo Switch Antara Pencarian Popular Rakyat Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun bermula pada Mac yang lalu dan sebelum pengumuman tersebut, kita dapat lihat di pembelian panik berlaku dibeberapa tempat melibatkan rakyat Malaysia ketika itu. Sejak itu lah, banyak barang-barang yang cepat sold out.

Kemudian, Kerajaan telah membuat keputusan untuk menambahkan lagi tempoh PKP ke Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4, rakyat Malaysia sekali lagi membuat pembelian panik tetapi kali ini berbeza, dimana mereka melakukan pembelian online pula disebabkan tidak dibenarkan keluar rumah beramai-ramai.

Jadi sejak itulah, iprice Malaysia telah membuat penyelidikan berkaitan pencarian rakyat Malaysia dengan melibatkan lebih 900 ribu pelawat laman tersebut. Dengan itu, dapat disimpulkan data berkaitan perkara tersebut seperti dibawah.

Kajian ini dibuat bermula 18 Mac hingga 17 April 2020 yang lebih hampir 1 juta pelawat di iprice Malaysia. alert-info

Peratusan Pencarian Rakyat Malaysia Semasa PKP Di iPrice Malaysia

Kondom, Mesin Rambut dan Nintendo Switch Antara Pencarian Popular Rakyat Malaysia

Kategori pencarian dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu alatan elektronik, perkakas dapur, barangan gym, permainan video dan juga barangan kesihatan dan kecantikan.

1.   Barangan Kesihatan Dan Kecantikan

Barangan Kesihatan Dan Kecantikan

Disebabkan semasa PKP, anda tidak dibenarkan untuk keluar rumah dan pastinya perkhidmatan gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi. Peratusan pencarian berkaitan pencukur meningkat sehingga 17652%. Musim COVID-19 juga kita digalakkan untuk menutup hidung dan mulut, jadi pencarian mask pun turut meningkat.

Satu lagi kesan PKP adalah, anda perlu bekerja di rumah (Work From Home) dan mungkin disebabkan itulah, 'sex toys', kondom dan ujian fertiliti juga meningkat. Pastinya ia diperlukan untuk family planning.

2.   Tiada Perkhidmatan Potong Rambut Selama PKP

Perkhidmatan Potong Rambut Selama PKP

Dalam masa sebulan, terutamanya kaum lelaki pastinya rambut mereka akan tumbuh dengan lebat jika tidak dipotong. PKP pula ambil masa lebih sebulan sehingga sekarang dan jika rambut anda tidak dipotong pastinya ianya panjang dan tidak terurus dengan baik.

Disebabkan itulah peratus pencarian sepanjang tempoh PKP ini meningkat dengan jayanya. Rata-rata rakyat Malaysia ingin dapatkan peralatan memotong rambut untuk dibuat secara sendiri selama berada di rumah dan kedai potong rambut tutup.

3.   Rakyat Malaysia Cuba Untuk Menjadi Masterchef

Cuba Untuk Menjadi Masterchef

Mungkin rakyat Malaysia sudah muak untuk makan maggi, makanan dalam tin dan sebagainya. Juga disebabkan banyak masa berada di rumah. Dengan data yang ditunjukkan, sehingga 7587% rakyat Malaysia mencari untuk dapatkan pembuat roti. Mungkin pelbagai resepi yang ingin dicuba sepanjang PKP ni kan. Manakala bagi perkakas lain pula :

Oven : 1058%
Air Fryers : 2029%
Stand Mixers : 3048

4.   Permainan Konsol Nintendo Switch Menjadi Pilihan

Permainan Konsol Nintendo Switch Menjadi Pilihan

Untuk menghilangkan kebosanan di rumah, rakyat Malaysia juga menjadi bahan permainan video game untuk berhibur. Melalui statistik, pencarian Nintendo Switch meningkat sehingga 1064% bersama-sama permainan video di dalamnya iaitu Animal Crossing dengan 17427%. Selain itu, boardgames juga menjadi pencarian tinggi di iprice Malaysia sehingga 4336%. Nak hilang bosan kan selama duduk rumah.

5.   Pencarian Panik Tablet Berbanding Laptop

Pembelian Panik Tablet Berbanding Laptop

Nampaknya disebabkan Kerja Dari Rumah, ramai yang membuat pencarian berkaitan tablet berbanding laptop dengan masing-masing 1125% dan 229%. Mungkin tablet boleh digunakan dimana-mana dengan pelbagai keadaan. Kalau laptop, guna guna atas meja je kan. Adakah anda salah seorang daripadanya?

6.   Alatan Gym Juga Menjadi Pilihan

Alatan Gym Juga Menjadi Pilihan

Nak keluar berjogging di luar tidak dibenarkan, nak bermain bola tidak dibenarkan. Jadi untuk sentiasa sihat dan fit, anda perlu juga bersenam walaupun di dalam rumah. Jadi rakyat Malaysia mulakan pecarian beberapa alatan gym atau alatan kesihatan seperti tali skipping dan alas Yoga. Peratusan menunjukkan masing-masing 4528% dan 2016%. Jangan beri alasan untuk tidak bersenam walaupun terpaksa berada di dalam rumah


Jadi dalam banyak-banyak pencarian ini, anda dalam kategori mana?


sumber : iprice Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post