Sebenarnya anda boleh scan QR Kod atau bar kod tanpa guna aplikasi pun. Ini kerana di kebanyakkan peranti atau telefon pintar anda sudah pun mempunyai ciri imbasan yang sudah tersedia di dalamnya.
QR Kod merupakan kod unik yang biasanya sebagai ganti kepada URL panjang yang kita biasa gunakan sebelum ini. Jadi instead of guna URL yang panjang tu, kita boleh convert atau tukarkan kepada QR Kod sahaja.
Ianya akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai kod imbasan atau QR Kod Scanner. Jadi secara asasnya, nak scan kena guna aplikasi scanner.
Tetapi baru-baru ini terdapat keburukan menggunakan aplikasi QR Kod Scanner ini. Ada pengguna yang hilang duit simpanan secara tiba-tiba apabila telah install satu aplikasi scanner ini di Playstore.
Lihat bagaimana, beliau di scam, katanya setelah install aplikasi QR Kod scanner tersebut. Lebih RM100 ditolak secara automatik.
Jadi jom tengok cara scan QR Kod tanpa menggunakan mana-mana aplikasi supaya lebih aman dan selamat bagi pengguna Android dan iOS.
Cara Scan QR Kod Tanpa Guna Aplikasi
Cara ini boleh digunakan pakai kedua-dua sistem operasi sama ada Android dan iOS. Terdapa 3 cara untuk anda scan QR Kod.
1. Menggunakan Kamera Telefon
Cara ini mungkin hanya terhad kepada pengguna peranti baru sahaja. Mungkin peranti yang lama, tiada ciri yang disediakan ini.
Sebenarnya anda boleh scan terus QR Kod tersebut menggunakan kamera telefon pintar anda sahaja tanpa install dan download mana-mana aplikasi.
Cara ini boleh dibuat menggunakan kamera pada peranti Android dan iOS.
Model : Pixel 2 XL
Versi : Android 10
Model : iPhone 5S
Versi : iOS 12
Model : Pixel 2 XL
Versi : Android 10
Model : iPhone 5S
Versi : iOS 12
Anda buka kamera anda, halakan pada man-mana QR Kod, kemudian akan dipaparkan URL pautan tersebut. Jadi anda perlu klik sahaja link tersebut dan akan dibawa terus ke destinasinya.
Mudah dan pantas kan.
2. Menggunakan Aplikasi Facebook
Ya, ianya masih menggunakan aplikasi tetapi bukan aplikasi scanner. Rasanya, hampir semua orang sekarang mesti ada aplikasi Facebook dalam peranti mereka. Jadi boleh kata, ianya aplikasi dipercayai dan berguna kepada semua ketika ini.
Dengan aplikasi facebook pun anda boleh scan QR Kod sebenarnya. Fungsinya masih sama, akan dibawa ke destinasi mengikut qr kod tersebut.
Sudah pasti, cara ini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS yang ada aplikasi Facebook.
Caranya, anda bukan aplikasi Facebook dan klik pada Search pada bahagian atas. Kemudian klik pada QR Kod kecil yang ada pada bahagian kanan. Selepas itu, anda boleh halakan pada mana-mana QR Kod.
Akhirnya, ianya akan dibawa terus ke destinasi seperti yang telah ditentukan menerusi QR Kod tersebut. Anda juga boleh pilih gambar yang ada di dalam telefon anda untuk di scan terus dengan cara import from Gallery.
3. Menggunakan Aplikasi Twitter
Sekali lagi sebuah aplikasi yang pastinya bukan aplikasi scanner yang anda boleh gunakan untuk scan QR Kod iaitu aplikasi Twitter.
Mungkin anda tiada facebook, tapi ada Twitter. Pun boleh guna juga. Sama ada menggunakan Android atau iOS sekali pun.
Caranya, buka aplikasi Twitter dan masuk ke Profile. Kemudian, klik pada logo QR Kod dibawah sekali. Untuk mula scan, anda klik pada butang kecil dibawah dan hala pada mana-mana QR Kod.
Twitter juga menyediakan scan, kod sedia ada pada sesebuah gambar sama seperti facebook. Anda perlu klik pada logo gambar pada bahagian atas kanan. Settle!
Jadi inilah antara ciri yang sedia ada di dalam telefon anda untuk anda scan QR Kod tanpa menggunakan mana-mana aplikasi scanner. Pastinya lebih selamat dan ruang storan telefon pun boleh jimat kan.
Lepas ni, kalau nak scan QR Kod SELangkah di Selangor atau Move On di Pahang, guna je apa yang ada di dalam telefon anda ni. Takpayah nak install apa-apa dah kan.