Selama ini, adakah betul dan sempurna mandi wajib anda? Oleh itu, singkirkan keraguan anda tersebut dengan ketahui cara mandi wajib mengikut sunnah yang dikongsikan ini.
Dalam Islam, hukum mandi setelah keluar air mani, habis haid, nifas atau wiladah adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan diri daripada hadas besar. Mungkin tanpa anda sedar, langkah mandi wajib ini menjadi permulaan paling penting kepada kesempurnaan setiap ibadah yang ingin dilakukan. Mandi wajib atau mandi junub yang tidak sempurna akan menjejaskan kualiti ibadah yang anda lakukan setiap hari, terutamanya solat.
Sebelum melakukan mandi, anda perlu tahu adalah ianya mesti dikerjakan dengan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan. Jadi tidak ada masalah jika anda menggunakan air paip di rumah anda sahaja.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan untuk mandi wajib yang sempurna yang pernah ditunjukkan Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah panduan dan cara mandi wajib mengikut sunnah yang sempurna yang boleh digunakan oleh wanita mahupun lelaki.
Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
1. NiatMulakan niat ketika air sampai atau menyentuh bahagian tubuh pertama semasa mandi. Niat mandi tidak perlu dilafaz. Cukup sekadar menyatakan di dalam hati.
Niat mandi wajib yang umum (keluar air mani, haid dan nifas):
"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"
Niat mandi hadas haid:
"Aku berniat mandi untuk menghilangkan hadas haid kerana Allah Taala"
2. Membaca Bismillah
3. Mencuci kedua-dua pergelangan tangan sebanyak 3 kali
4. Mencuci kemaluan menggunakan tangan kiri
5. Membersihkan tangan sekali lagi dengan sabun
6. Berwuduk sempurna seperti biasa
7. Basuh Kepala
Membasuh kepala dengan mengusap rata seluruh rambut, kemudian menyiramnya dengan 3 kali curahan air menggunakan kedua-dua tangan. Langkah ini adalah berdasarkan hadis daripada Aisyah RA dalam Sahir al-Bukhari iaitu :
"Kemudian Baginda SAW memasukkan jarinya ke dalam air, lalu mengusap rambut, kemudian menyiran kepala 3 kali dengan kedua-dua tangannya"
"Baginda SAW menyiram kepalannya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri"
"Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu"
Memulakan basuhan (alirkan air) daripada kepala hingga ke kaki dengan mendahulukan bahagian kanan tubuh, diikuti dengan bahagian kiri tubuh. Menurut Aisyah RA:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya ketika memakai kasut ketika bersikat dan ketika bersuci" - Sahih Muslim
9. Ratakan Air
Meratakan air ke seluruh tubuh dan sunat hukumnya untuk menggosok lembut seluruh tubuh. Diharuskan menggunakan wangian (sabun) semasa anda mandi.
10. Berwuduk
Berwuduk jika hendak mengerjakan solat kemudiannya (jika wuduk awal tadi sudah terbatal kerana menyentuh kemaluan semasa mandi)
Perkara Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Mandi Wajib
Antara perkara sunat yang digalakkan ketika mandi wajib adalah:
- Menghadap kiblat ketika mandi, tetapi aurat mestilah ditutup - bermakna perlu memakai kain basahan
- Meninggalkan bercakap-cakap sepanjang mandi
Melewatkan Mandi Wajib?
Mandi wajib boleh ditunda dari malam ke siang tetapi jika ingin mengerajakan solat, wajiblah kita mandi terlebih dahulu supaya menghilangkan hadas besar tersebut. Sunat untuk berwuduk sebelum tidur jika ingin menangguh mandi wajib kepada pagi.
Pada bulan Ramadan pula, melewatkan mandi wajib tidak membatalkan puasa. Boleh terus berpuasa dan puasanya tetap sah selagi tidak melakukan perkara lain yang boleh membatalkan puasa. Tetapi jika ingin melakukan solat seperti solat Subuh, anda wajib untuk mandi terlebih dahulu. Setelah masuk waktu solat, segeralah wajib mandi untuk menunaikan solat dengan sempurna.
Keywords:
agama