Cara Daftar Netflix Dengan Yuran Langganan Serendah RM17 Sebulan

Cara Daftar Netflix Dengan Yuran Langganan Serendah RM17 Sebulan

Ya, dengan harga serengah RM17 sebulan, kini anda boleh langgan atau subscribe dan menonton Netflix tontonan tiada had. Anda boleh baca selanjutnya untuk ketahui cara daftar Netflix dengan mudah.

Netflix merupakan sebuah platform penstriman video dimana anda boleh tonton pelbagai filem, series, animasi, documentary luar negara dan beberapa kandungan filem tempatan tanpa had. Anda tidak perlu lagi tonton barangan cetak rompak seperti diluar sana.

Anda perlu membuat langganan secara bulanan untuk mendapat akses tontonan tersebut. Jadi anda bebas untuk menonton dimana-mana dan bila-bila masa sahaja sama ada melalui laptop, komputer atau melalui telefon pintar anda. Yang penting ada sambungan Internet je.

Cara Daftar Netflix

Dikatakan di dalam Netflix sahaja, terkandung lebih 140 juta jam kandungan yang anda boleh strim. Kandungan tersebut pula sama sahaja bagi seluruh dunia. Jadi dimana sahaja anda berada, anda boleh dapat kandungan tontonan yang sama.

Selain daripada filem atau series sedia ada yang dimasukkan ke dalam Netflix. Ianya juga terkandung Netflix Originals iaitu filem yang dibuat khas untuk penonton Netflix sahaja. Jadi jangan lupa untuk langgan atau subscribe Netflix.

Ianya kini secara rasmi masuk ke Malaysia melalui Netflix Malaysia. Jangan risau.

Yuran Langganan (Subscription) Untuk Netflix

Untuk melayakkan untuk tonton Netflix, anda perlu melanggan (subscribe) secara bulanan dengan 4 plan yang disediakan mengikuti kesesuaian bajet anda iaitu bermula serendah RM17 hingga RM55.

Cara Daftar Netflix

4 plan yang disediakan adalah Mobile, Basic, Standard dan Premium plans. Anda boleh pilih mengikut ciri yang disediakan.

Sebenarnya, Premium Plan yang paling berbaloi kalau anda kongsi bersama 4 orang lain. Seorang hanya perlu bayar ~RM14 seorang. alert-info

Jangan risau, anda boleh cancel bila-bila masa sahaja, jika anda tidak berminat. Tiada komitmen bulanan yang anda perlu patuhi.

Ok dah pilih plan yang sesuai? Jom kita daftar akaun Netflix pula. Semudah ABC sahaja.

Cara Daftar Netflix

Untuk pendaftaran akaun Netflix, anda boleh menggunakan website ataupun menggunakan aplikasi Netflix yang anda boleh dapatkan melalui Playstore dan Appstore. Untuk cara daftar kali ini, pendaftaran dibuat menggunakan website dan email sahaja.

 Langkah 1 
Pergi ke pautan www.netflix.com/my/ dan masukkan email yang anda akan guna sepanjang menggunakan Netflix.

Cara Daftar Netflix


 Langkah 2 
Kemudian klik See The Plans

Cara Daftar Netflix


 Langkah 3 
Pilih dan klik plan yang disediakan samaada Mobile, Basic, Standard atau Premium. Jika sudah tekan Continue

Cara Daftar Netflix


 Langkah 4 
Seterusnya, klik Continue

Cara Daftar Netflix


 Langkah 5 
Untuk bahagian ini, anda perlu sediakan password yang anda akan gunakan jika ingin masuk ke akaun Netflix anda. Pastikan anda ingat password ni tau.

Cara Daftar Netflix


 Langkah 6 
Langkah terakhir adalah masukkan cara pembayaran yang akan dibuat setiap secara automatik. Ada 3 pilihan yang diberikan iaitu:

  1. Debit atau Kredit kad
  2. Bill telefon (Celcom, Maxis, DiGi)
  3. Gift kod (anda boleh dapatkan di 7-eleven)
Cara Daftar Netflix

SELESAI!

Anda sudah boleh tonton Netflix untuk tempoh 30 hari sebelum pembayaran seterusnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post