Gold House telah mengeluarkan senarai A100 bagi most impactful Asians dan Asian American & Pacific Islanders bagi tahun 2020.
Setiap tahun, Gold House mengiktiraf 100 Asians yang telah memberi impak di dalam beberapa bidang termasuk hiburang, media, fesyen, gaya hidup, teknologi, bisness dan bergiat aktif dalam aktiviti sosial.
Jadi untuk tahun 2020, ini BTS sekali lagi diiktiraf selepas tahun 2019 sebelum ini, bersama-sama dengan Blackpink dan juga pengarah terkenal Korea yang memenangi filem terbaik di Oscar 2020 sebelum ini, Bong Joon Ho.
Menurut Gold House, senarai A100 ini dipilih melalui proses pemilihan yang ketat yang bermula dengan pencalonan awam. Selepas itu, barulah akan dipilih oleh 20 organisasi yang dipilih di Amerika Syarikat dan juga ahli jawatankuasa Gold House sendiri.
BTS, Blackpink dan Bong Joon Ho disenaraikan dalam kategori Media & Entertainment bersama-sama 47 yang lain. Dalam senarai itu juga terdapat beberapa lagi selebriti terkenal lain diiktiraf seperti Keanu Reeves, Dwayne Johnson, Ken Jeong dan beberapa lagi
Kini untuk pencalonan awal bagi tahun 2021 sudah dibuka sehingga Disember 2020. Anda boleh mengundi dengan klik di pautan ini dan ikut arahan seterusnya.
sumber : soompi.com
Keywords:
awards