Peguam Jenayah Ini Kongsikan Apa Yang Perlu Dibuat Jika Anda Di Rogol

Seorang pengguna Twitter yang juga merupakan peguam jenayah telah kongsikan kepada orang ramai apa yang perlu dibuat jika anda di rogol. Jadi apa perlu dibuat jika anda di rogol? Perlu berdiam sahaja? Atau buat laporan? Atau apa?

Jadi jom baca tweet beliau berkaitan perkara ini seperti di akaun Twitter beliau, @irwansumadi

Secara amnya, rogol berlakunya seks tanpa rela atau paksa mankala sekiranya perluan seks dengan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah, walaupun suka-sama-suka, ianya tetap rogol. Di Malaysia, hanya lelaki sahaja boleh dituduh atas kesalahan merogol.

Untuk pengetahuan juga, seorang peguambela atau peguam jenayah, bukan sahaja boleh membela Tertuduh tetapi boleh juga menjadi seorang peguam pemerhati.

Apakah fungsi peguam pemerhati?

Peguam pemerhati akan menjadi wakil keluarga mana-mana Mangsa di dalam apa-apa kes jenayah. Peguam pemerhati akan memberi nasihat yang sepatutnya kepada Mangsa. Peguam pemerhati akan hadir di setiap perbicaraan. Akan memerhati dan memastikan perbicaraan berjalan seperti sepatutnya.

Fakta yang perlu kita telan, kebanyakkan kesalahan seksual ini, si tertuduh (perogol) akhirnya terlepas kerana mangsa itu sendiri. Jadi, hari ini saya (irwansumadi) akan terangkan apa yang anda sepatutnya lakukan jikalau berlakunya tragedi (rogol) yang tragis ini.

Apa Yang Perlu Dibuat Jika Anda Di Rogol?

Ikuti langkah-langkah yang anda perlu buat jika anda di rogol seperti dibawah

1.  Jangan Mandi

Jika anda di rogol, pertamanya jangan mandi, jangan bersihkan bahagian sulit. Jangan basuh atau bersihkan pakaian semasa diserang. Jika terpaksa salin pakaian, simpan pakaian (luar dan dalam) yang anda pakai ketika diserang, di dalam plastik untuk diserahkan kepada pihak polis atau hospital.

Ianya berutujuan untuk pastikan spesimen penyerang seperti air mani, rambut, bulu, air liur penyerang atau perogol tersebut tidak hilang.

2.  Terus Pergi Ke Balai Polis

Dalam langkah kedua ini, anda ada 2 pilihan, iaitu pertama, terus pergi ke balai polis atau kedua terus ke Jabatan Kecemasan Hospital untuk pemeriksaan. Ingat hanya hospital kerajaan. Bukan swasta. Laporan hospital kerajaan sahaja yang diterima untuk dijadikan bukti pendakwaan.

Jikalau anda ke balai polis terlebih dahulu. Anda akan ditemani polis wanita ke hospital untuk mendapatkan laporan perubatan, DNA dan sebagainya. Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, anda hanya perlu memberitahu kepada kakitangan Jabatan Kecemasan bahawa anda telah dirogol. Dengan serta-merta anda akan dilindungi dan dibawa masuk ke bilik khas terlindung bagi tujuan pemeriksaan oleh doktor.

Sistem ini dipanggil One Stop Crisis Centre (OSCC) yang terdapat di semua hospital kerajaan di seluruh negara

Masa adalah musuh kita apabila kes begini terjadi. Sebab untuk menyabitkan si tertuduh (perogol), pihak pendakwaan perlu buktikan adanya penetrasi. Kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan. 

Bagaimana nak buktikan?

Laporan Perubatan, Laporan DNA. Ada tak air mani atau DNA si penyerang di tubuh anda. Paling penting ada atau tidak DNA di kemaluan Mangsa. Kesan kecederaan di kemaluan juga adalah bukti. Lebih cepat anda datang ke hospital bagi tujuan pemeriksaan, lebih tinggi kebarangkalian bahan bukti dapat diambil kerana bahan bukti (evidence) masih segar.

Kecederaan masih belum sembuh. Jika anda lengahkan masa untuk report, peluang untuk mendapatkan bahan bukti semakin tipis. 

Hukuman Terhadap Perogol

Penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan (Berdasarkan Akta 574 Kanun Keseksaan)

Semoga bermanfaat dan jenayah ini dijauhkan daripada kita semua


sumber : @irwansumadi

Post a Comment

Previous Post Next Post