Inilah masanya untuk anda bermula dengan lankah berniaga terutamanya pada musim COVID-19 ini sama ada secara kerjaya tetapi atau secara sepenuh masa. Sebenarnya dah start ramai orang memasang cita-cita untuk mula perniagaan sendiri walaupun bukan dalam musim pandemik ini pun.
Tapi kebanyakkan takut untuk mencuba kerana dikhuatiri perniagaan gagal dan terus gelap masa depan mereka. Sebenarnya, dengan niat yang betul, ilmu yang mencukupi, apa kata anda lakukan 5 langkah berniaga ini. Mungkin kali ini adalah masa yang sesuai untuk anda melangkah ke satu lagi tahan dalam kejayaan hidup.
1. Betulkan Niat
Sebelum anda bermula, tanya betul-betul pada diri anda, apa yang anda mahukan daripada perniagaan. Adakah semata-mata nak kaya jutawan macam pengusaha kosmetik yang boleh bergambar dengan Mustang kesayangan sambil berjalan kelilingi dunia?
Atau anda memang dan tak tahan dengan politik di tempat kerja, atau anda sememangnya mempunyai darah seorang usahawan dan minat sangat berniaga?
Selain itu, anda perlu benar-benar faham yang berniaga ini bukannya suatu benda mudah. Kalau anda nampak rakan-rakan usahawan selalu update di facebook seolah-olah hidup mereka senang-lenang, ketahuilah bahawa ada banyak urusan di belakang tabir yang mereka tak sempat nak cerita pun pada anda.
2. Mulakan Secara Part-Time dan Dropship
Jangan tiru peniaga lain secara bulat-bulat. Kalau anda tengok kawan jual kek sehari 20 biji, tak semestinya anda pun perlu kejar dan bakar kek macam kawan anda tersebut. Silap-silap habis hancur oven tu nanti.
Sebaiknya cari idea perniagaan dalam bidang yang anda betul-betul minat dan punya kemahiran. Jangan sia-siakan bakat anda. Kalau susah sangat, mula dengan dropship yang kena dengan minat anda. Sekurang-kurangnya tak perlu pegang stock dengan kuantiti yang banyak kan.
Mulakan secara kecil-kecilan. Kalau anda bagus dan istiqamah dengan apa yang anda buat, percayalah yang anda akan mula menjadi buah mulut orang. Lama-kelamaan, perniagaan anda ini sampai tak menang tangan boleh berangan hantar notis letak jawatan.
3. Wang Tunai Di Tangan Sebagai Modal
Jika anda rasa tidak mahu bermula dengan dropship dan mahukan stock sendiri. Pun boleh, tapi elakkan buat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan tersebut. Seelok-eloknya, kumpul duit gaji bulanan sedikit demi sedikit untuk dijadikan modal atau anda boleh saja gunakan wang simpanan anda. Tak perlu modal besar-besaran pun.
4. Jangan Memaksa Pelanggan
Ada sesetengah orang yang baru nak berniaga ni suka memaksa rakan-rakan dan ahli keluarga untuk membeli. Kadang-kadang walaupun mereka nampak macam berseloroh, namun ia boleh membuatkan orang berasa tidak selesa.
Tak pasal-pasal orang sekeliling mula menjauhi anda pula nanti. Seperti yang disebut dalam poin #2 di atas, jika anda sememangnya bagus, anda tak perlu paksa pun orang sekeliling untuk beli produk atau guna perkhidmatan anda.
5. Berniaga Secara Online
Yes, inilah yang berlaku di musim pandemik menyerang seluruh dunia termasuk Malaysia. Banyak kedai tidak dibenarkan beroperasi untuk jualan. Kalau dibenarkan pun hanya dengan kapasiti 50% sahaja. Bagi mengelakkan terjadinya kluster-kluster baharu.
Jadi mulakan segala perniagaan yang anda minat hanya secara online sahaja. Terdapat banyak platform yang anda boleh guna untuk pasarkan perniagaan anda. Ada Facebook, Instagram dan sebenarnya paling menarik anda boleh go to e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Kelebihan yang diberikan adalah disana terdapat lebih 200-300 juta bakal pelanggan anda setiap bulan.
Mereka kini semua duduk rumah dan mula shopping di rumah sahaja. Sambil baring, buka Shopee, bukan Instagram, buka Lazada untuk cari barang keperluan dan sebagainya. Jadi jika anda ingin bermula untuk berniaga di Shopee, anda boleh baca artikel Bisnes Shopee | Jana Income dengan 4 angka dengan mudah ini disini.
Maka dengan langkah berniaga ini, anda boleh mula untuk mencari pendapatan walaupun dalam musim PKP dan COVID-19 ini.
Keywords:
tips