Pengguna kereta kena tahu antara sebab kenapa aircond rosak. Dengan tahunya punca atau sebab, kita pasti akan berjaga-jaga menjaga harta kita itu iaitu aircond dengan baik setiap masa. Apa benda yang kita selalu guna, pastinya bila tidak dijaga dengan, ianya akan cepat rosak.
Aircond atau penghawa dingin antara komponen kereta yang penting kepada kita lagi-lagi bila tengah panas kan. Jadi disebabkan itulah, ianya selalu digunakan terutamanya waktu tengah hari bagi menghilangkan rasa panas terik daripada cahaya matahari.
Bagi memastikan aircond kita itu sentiasa dalam keadaan baik dan tidak rosak, ada beberapa perkara dan tabiat yang kita sendiri sebagai pengguna perlu ubah. Ingat bila dah rosak, anda perlukan keluarkan kos pula untuk membaikinya. Kalau duit ada, ok la. kalau takda macam mana? Terpaksa lah ambil angin luarkan.
Oleh itu, sebagai individu yang berada di dalam kenderaan tak kiralah, lori, van ataupun kereta, anda tidak seharusnya melakukan 5 tabiat ini.
1. Buka Tingkap Ketika Penghawa Dingin Terpasang
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kenderaan dalam tempoh yang lama, biarpun anda ketika itu aircond di dalam kereta masih ter 'on'. Membiarkan aircond terpasang dan dalam masa yang sama anda membuka tingkap boleh menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan suhu yang ideal. Padahal, tanpa sedar ini berlarutan, tidak mustahil penghawa dingin kenderaan anda akan cepat rosak.2. Biarkan Kereta Terlalu Bersepah
Ketahuilah jika anda membiarkan banyak sampah sarap dan pelbagai jenis kotoran bersepah di atas dashboard mahupun di dalam kereta, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak kotor malah debu juga boleh berkumpul dan melekat secara berterusan. Faktor ini boleh memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar daripada penapis aircond sekali gus membuatkan komponen menjadi kurang sejuk dan rosak.3. Merokok Sesuka Hati
Jangan biasakan anda merokok sesuka hati termasuk semasa berada di dalam kenderaan. Tidak kiralah sama ada tingkap tertutup atau terbuka, asap yang dihembus berisiko membawa debu ke bahagian penapis udara. Ini akan menyebabkan pengaliran udara terganggu dan penapis jadi cepat kotor dengan debu daripada asap rokok. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan anda tidak optimum. Kesannya boleh anda lihat apabila rasa sejuk semakin berkurangan dan lama-kelamaan anda perlu selenggara aircond tersebut.
4. Matikan Enjin Secara Mengejut
Tidakan ini rasanya ramai yang buat dan tidak sedar akan keburukannya. Sebelum matikan enjin, pastikan anda tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa anda ingin menghidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri mudah terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak maksimum, arus elektrik yang terhasil akan menjadi kurang stabil sekali gus mempengaruhi elektrik bagi penghawa dingin kereta.
5. Guna Pewangi Yang Kurang Sesuai
Ramai yang tidak tahu bahawa pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Kalau tidak percaya, sila lihat pada kandungannya. Semakin lama, semakin berkurangan kan? Ini kerana apabila pewangin jenis gel ini terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kepada bentuk gel dan boleh menghalang penapis dan evaporator atau cooling coil dalam aircond. Sebaiknya gunakanlah pewangi daripada jenis cecair untuk mengelakkan aircond mudah rosak.Ingat tu, jagalah kenderaan anda seperti anda jaga diri sendiri. Benda nak guna lama kan. Ubah daripada sikap diri kita dahulu keh.
Keywords:
tips