Telefon pintar atau smartphone kini semakin hari semakin canggih tetapi pada bahagian bateri, ianya sepertinya tiada peningkatan teknologi yang ketara. Sebagai alternatif, kita terpaksalah menjaga bateri supaya dapat dijimatkan penggunaanya. Ikuti tips penjimatan bateri disini.
Saban tahun, pasti akan ada banyak peranti yang keluar ke pasaran dunia sehingga ke pasaran tempatan. Pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan sebagai contoh, kamera daripada sebuah dan kini sudah menjadi 4 kamera dalam sebijik smartphone. Pasti kita tidak pernah terfikir kan.
Tetapi dalam banyak-banyak teknologi, sepertinya bahagian bateri tidak nampak ketara peningkatan teknologi yang ada pun hanya pada charger sahaja (fast charging). Tapi bila kita main game sikit, tengok video sikit, tak sampai sehari dah kene charge semula. Dengan itulah, kita terpaksa jimat bateri lagi-lagi kalau dalam perjalanan yang tidak mempunyai sources untuk charge peranti kita.
Jadi dengan itu, kita perlu tahu beberapa tips bagi menjimatkan penggunaan kuasa bateri supaya bateri tahan lama dan juga jangkat hayat bateri pun terjamin lebih laman. Ikuti tips seperti dibawah

10 Tips Jimat Penggunaan Bateri Pada Telefon Pintar
Semakin banyak penggunaan aplikasi, semakin cepat bateri disedut. Jadi kepada pengguna smarphone diluar sana, ikuti tips ini bagi memanjangkan kuasa bateri anda setiap hari. Ianya terpakai untuk kesemua jenis smartphone
1. Kurangkan Kecerahan Paparan Skrin
Ramai yang tidak sedar, walaupun skrin pada peranti kita amoled atau LCD sekali pun, ianya tetap menyumbang kepada kadar kehabisan kuasa bateri yang cepat. Jadi cuba kurangkan ke tahap yang minimal atau guna sahaja pada set automatik
2. Matikan GPS/Bluetooth
Pengguna biasanya tidak keberatan jika GPS atau Bluetooth dhidupkan sepanjang masa, atau mungkin anda tidak sedang. Untuk lebih efektif, gunakannya apabila perlu sahaja. Mematikan GPS dan Bluetooth pada masa tidak diperlukan ini mampu memberikan jimat kuasa bateri.
3. Mengehadkan Akses Rangkaian
Kebiasaanya telefon pintar sekarang berhubung dengan rangkaian Internet secara automatik sama ada melalui Wi-Fi atau 4G secara default. Jimatkan kuasa bateri dengan mematikan Wi-Fi apabila ia tidak diperlukan. Selain itu, matikan notifikasi dan kurangkan kekerapan menyegerakan secara automatik untuk mendapatkan e-mel.
4. Tutup Sepenuhnya Aplikasi Tidak Digunakan
Sebagai peranti pelbagai guna yang dilengkapi dengan pemproses sehingga 8-teras, telefon anda mampu untuk menjalankan banyak aplikasi pada satu-satu masa. Tetapi ia juga meningkatkan kuasa pemprosesan CPU. Oleh itu, jika dirasakan tidak mahu gunakan aplikasi itu lagi, tutup secara sepenuhnya.
5. Gunakan Wallpaper Skrin Ringkas
Bagi langkah penjimatan hayat bateri, wallpaper kosong membantu mengekalkan dan kaedah yang lebih hebat boleh digunakan, guna background hitam sahaja.
6. Padam Atau Kurangkan Auto Sync Jika Boleh
Sambungan data menggunakan banyak bateri. Anda boleh cuba untuk mematikan background yang dijadualkan auto-sync seperti aplikasi Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi. Jika anda benar-benar perlu untuk menghidupkan auto-sync, cuba untuk kurangkan kekerapannya.
7. Pengecasan Yang Betul
Ada teknik tertentu untuk persediaan mengecas telefon pintar. Jika anda sentiasa menambah kuasa bateri atau charge bateri supaya penuh ia akan mendatangkan mudarat pada jangka masa panjang. Seperti peranti lain, anda perlu melatih diri untuk mengetahui kapasiti sebenar bateri yang diperlukan. Biarkan ia kosong dengan sendirinya cas pada saat akhir untuk mengoptimumkan hayat bateri.
8. Matikan Notifikasi
Setiap pemberitahuan aplikasi baru seperti pada peranti Samsung akan dimaklumkan kepada pengguna. Ia kadang kala lebih daripada kegunaan seharian. Oleh itu, anda boleh mematikan notifikasi pemberitahuan aplikasi baru Samsung jika benar-benar tidak perlu.
9. Peka Jika Isyarat Rangkaian Lemah
Peranti anda akan menggunakan kuasa bateri yang lebih banyak daripada biasa untuk meningkatkan kekuatan isyarat rangkaian. Oleh itu, sentiasa peka dengan memastikan peranti anda memiliki penerimaan isyarat yang baik. Beralih kepada isyarat 3G jika sambungan isyarat 4G kurang di kawasan anda.
10. Buang Widget Yang Tidak Digunakan
Realitinya, widget yang menjadi simpanan anda antara faktor utama bateri anda cepat habis terutamanya yang menggunakan sambungan data atau pun yang sync secara automatik mengikut jadual. Oleh, anda hanya perlu pilih widget yang betul-betul diperlukan sahaja dan yang tidak menyusahkan.
sumber : majalahpc