Tiada Bazar Ramadan Di Semua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan Pada Tahun Ini

Akhirnya Menteri Wilayah telah mengumumkan tiada bazar Ramadan di semua Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuah pada tahun ini.

Tiada Bazar Ramadan Di Semua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan Pada Tahun Ini

Selepas beberapa negeri telah membatalkan bazar Ramadan ini, kini Wilayah Persekutuan juga berbuat demikian. Melalui laporan Harian Metro, keputusan ini telah diumumkan oleh Menteri Wilayah sendiri, Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi (rabu).

Justeru itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Perbadanan Labuan (PL) akan memulangkan bayaran lese, cagaran dan caj perkhidmatan penjaja dan penganjur, yang telah diluluskan sebelum ini.

Tiada Bazar Ramadan Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan

Jadi kepada penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada tahun ini tiada bazar Ramadan untuk dapatkan juada buka puasa seperti tahun-tahun sebelum ini. Tetapi Menteri Wilayah telah mengumumkan beberapa keadah baru atau alternatif baru jika anda perlu dapatkan juada berbuka puasa nanti.

3 Kaedah Baharu Diperkenalkan

Antara kaedah baharu untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan ini iaitu :
  1. Pandu Lalu Ramadan
  2. Tempahan, Bungkus dan Ambil Ramadan
  3. e-Hailing Ramadan

Kesemua alternatif ini dibuat sejajar dengan galakkan yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu elakkan berada di kawasan mass gathering dan juga social distancing.

Pandu Lalu Ramadan

Pandu Lalu Ramadan

Kaedah ini dimana para penjaja akan disusun mengikut segmen dan semua makanan dijual secara siap bungkus sebelum diambil oleh pelanggan. Peniaga disusun mengikut segmen jenis juada dan kesemua makanan dijual secara siap bungkus (pre-packed)

Kedudukan kanopi pula disusun dalam satu barisan dengan jarak 20 meter di antara satu kanopi dan kenderaan akan bergerak secara perlahan di atas jalan semasa membeli juadah. Ketika ini penguatkuasa DBKL, PPj, PL dan Rela akan ditugaskan.

Hanya 1 kenderaan di setiap gerak pada satu masa. Setakat ini, antara cadangan lokasi di Boulevard Presint 2, Putrajaya, Stadium Bola Sepak Chera dan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tempahan Awal, Bungkus Dan Ambil Ramadan

Tempahan Awal, Bungkus Dan Ambil Ramadan

Cara ini pula, orang ramai boleh membuat tempahan awal dan bayaran menu makanan secara dalam talian, kemudian mengambil makanan di tempat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. 

Menu pilihan ditempah awal dari peniaga secara atas talian. Pembeli perlu mematuhi SOP KKM iaitu "sosial distancing" semasa mengambil tempahan makanan di tempat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

e-Hailing Ramadan

e-Hailing Ramadan

Perkhidmatan ini seperti yang disediakan oleh pihak Foodpanda, Grabfood dan syarikat servis yang lain. Anda perlu tempat di aplikasi kemudian hanya perlu tunggu sahaja rider yang akan menghantar makanan terus ke rumah anda.



Post a Comment

Previous Post Next Post