Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan dimana STPM dan SPM ditunda kepada tahun 2021 manakala PT3 dan UPSR dibatalkan untuk sesi 2020.
Kita sedia maklum, Perdana Menteri telah mengumumkan dimana sesi persekolahan akan ditangguhkan dahulu ketika ini sehingga keadaan krisis COVID-19 ini betul-betul kembali pulih kelak.
Jika ianya dibenarkan dibuka sekarang, pastinya usaha pihak KKM terutamanya bagi menyarankan penjarakkan sosial tidak akan berlaku. Anak-anak pastinya akan berkumpul beramai-ramai sehingga mengabaikan sosial distancing itu sendiri. Sedikit sebanyak usaha melawan jangkitan COVID-19 tidak akan berhasil.
Jadi setakat ini, anak-anak perlulah sentiasa berada di rumah dengan tidak berada di luar ketika krisis ini masih berlaku. Ianya bagi mengelakkan jangkitan terkena kepada mereka terutamnya anak-anak yang masih bersekolah.

"KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sekolah dibuka"
STPM Dan SPM Ditunda
Selepas mengadakan sesi perbincangan dengan pelbagai pihak, KPM telah memutuskan peperiksaan SPM dan SVM akan ditunda kepada suku pertama tahun 2020. Manakala bagi calon STPM pula, tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020 dan Semester 3 ditunda dalam suku pertama tahun 2021. Peperiksaan STAM juga akan diadakan pada suku pertama tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, Kementeria Pengajian Tinggi telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke IPT bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat Diploma sehingga Julai atau Ogos 2020 manakala program Ijazah pada September atau Oktober 2021.
UPSR Dan PT3 Dibatalkan
Bagi peringkat sekolah rendah dan menengah renda pula, KPM telah memutuskan untuk membatalkan peperiksaan UPSR dan PT3 untuk tahun 2020.
Sehubungan dengan itu, KPM akan menyediakan kaedah baharu bagi kriteria pemilihan untuk kemasukan ke SBP, SMKA, MRSM dan MTD. Manakala bagi PT3 pula juga akan diperkenalkan kaedah baharu bagi kemasukan sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.