Ternyata sekarang ini, nak buat bahulu, boleh buat dirumah sahaja. Tak ada perkakas yang cukup pun masih boleh buat bahulu yang gebu walaupun menggunakan sandwich maker je.
Sekarang disebabkan terpaksa duduk dirumah dengan tempoh yang lama, mungkin kita terasa nak makan itu, nak makan ini kan. Macam-macam resepi nak cuba, tambahan pula masa yang ada sekarang nampaknya lebih banyak jika dibandingkan sebelum ini.
Mungkin ada lagi yang masih bekerja tetapi Work At Home. Katanya disebabkan WAH ini lah mudah lapar. Sambil buat kerja bila dirumah, lebih mudah untuk mencari makanan. Ya, makanan ringan sahaja dan bukanlah seperti nasi tu semua.
Dalam banyak-banyak makanan tersebut, tiba-tiba terasa nak makan bahulu. Mana nak dapatkan bahulu dalam tempoh pergerakan yang had ini? Kalau ada pun, mungkin mahal. Jadi apa kata kita buat sendiri je? Tapi orang cakap rumit nak buat bahulu ni? Betul ke?

Resepi Bahulu Ekspres Dengan Menggunakan Sandwich Maker Je
Ternyata resepi yang dikongsikan oleh Azirah Muktar di facebook ada mudah. Beliau kongsikan resepi bahulu dengan menggunakan Sandwich maker je tetapi tetapi gebu dan sedap untuk dimakan dan dijamah bersama keluarga. Jadi jika anda berminat, anda boleh dapatkan resepi dibawah cara buat bahulu dengan mudah
Bahan-Bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis
- 3 bijik telur
Cara-Cara
Sukatan yang digunakan ini, anda boleh dapatkan lebih kurang 12 biji bahulu daripada sandwich maker yang digunakan
1. Blend telur bersama gula sampai gebu sikit, kemudian baru masukkan tepung bersama
2. Panaskan sandwich maker dan sapu minyak sedikit disekeliling nya
3. Akhir sekali, baru masukkan adunan yang telah siap tadi
4. Tunggu sehingga lampu bertukar kepada lampu hijau yang menunjukkan dah SIAP!