Permohonan Dibuka Bagi Program Prihatin MAIK Bagi Asnaf Terjejas Akibat COVID-19

MAIK membuka semula permohonan bagi Program Prihatin MAIK bagi golongan Asnaf yang terjejas akibat COVID-19 ni. Hanya yang layak sahaja layak memohon.

Permohonan Dibuka Bagi Program Prihatin MAIK Bagi Asnaf Terjejas Akibat COVID-19

Di kala musim PKP dan penularan COVID-19 ini, pastinya ramai golongan yang terkesan kerana tidak dibenarkan bekerja bagi mencari pendapatan. Golongan yang paling terkesan pastinya daripada golongan asnaf yang betul-betul susah. Dengan itu, MAIK tampil sekali lagi memberi bantuan kepada golongan ini.

Bantuan Prihatin MAIK

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sekali lagi membuka permohonan bagi Bantuan Prihatin MAIK bagi rakyat Kelantan. Ianya adalah dari sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan. Sebelum anda memohon bantuan ini, sila pastikan anda terdiri daripada golongan berikut :
  • Asnaf fakir dan miskin
  • Tidak bekerja dan tiada pendapatan dalam tempoh PKP
  • Tiada duit simpanan atau duit simpanan hampir @ telah habis dibelanjakan.
  • Tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak seperti kerajaan negeri, masjid, ngo, dan lain-lain @ menerima bantuan tetapi telah habis digunakan @ bantuan yang diterima tidak mencukupi
  • Belum menerima bantuan prihatin nasional (BPN) atau telah terima dan hampir @ telah habis dibelanjakan.

Permohonan Bantuan Prihatin MAIK

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melalui pautan rasmi MAIK (prihatin.e-maik.my) atau dengan klik pautan dibawah bermula 26 April 2020.


PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT OLEH KETUA KELUARGA. alert-info

Permohonan Dibuka Bagi Program Prihatin MAIK Bagi Asnaf Terjejas Akibat COVID-19

Dokumen Yang Diperlukan

Sebelum membuat permohonan, sila sediakan maklumat seperti berikut:
  • Nama pemohon dan pasangan
  • No Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
  • No Handphone pemohon dan pasangan
  • Alamat
  • Status kediaman (sendiri/sewa/menumpang dll)
  • Pekerjaan pemohon dan pasangan & pendapatan/gaji (sebelum PKP)
  • Status pekerjaan dalam tempoh PKP (bekerja/tidak bekerja)
  • Baki duit simpanan (tunai di tangan & bank)
  • Bilangan tanggungan (anak : belum sekolah/pra sekolah/sekolah rendah/sekolah menengah/ipt & lain-lain tanggungan)
  • Bantuan yang telah diterima (kerajaan negeri, masjid, ngo, dll)
  • No akaun bank
  • Setelah maklumat di atas mencukupi, sila buat permohonan dibawah. Hanya sekali permohanan sahaja dibenarkan
Permohonan Dibuka Bagi Program Prihatin MAIK Bagi Asnaf Terjejas Akibat COVID-19

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman facebook maikkelantanofficial atau terus ke pautan rasmi MAIK di www.e-maik.my

Post a Comment

Previous Post Next Post