Hari ini, buat pertama kali di Malaysia dimana pernikahan secara online selamat dijalankan dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
gambar : ayujoee
Nikah Online ini dilakukan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilakukan bermula 18 Mac sehingga 28 April 2020. Tindakana ini dibuat bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 yang sedang melanda dunia secara amnya dan di Malaysia secara khususnya.
Dalam tempoh PKP ini lah, anda tidak dibenarkan keluar rumah, tidak dibenarkan berkumpul beramai-ramai dan jaga penjarakkan sosial. Kesemua ini pastinya kita biasa lihat bila sebuah majlis berlangsung termasuklah Majlis Pernikahan.
Jadi pada 14 April 2020 yang lepas, satu mesyuarat telah diadakan antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membincangkan kaedah nikah online ini disamping masalah-masalah lain yang berbangkit ketika itu.
JAWI Laksanakan Nikah Online Pertama
Dengan kata sepakat dan persetujuan yang telah dibuat, pada 18 April 2020 (Sabtu), JAWI telah laksanakan Nikah Online Pertama di Malaysia sejak PKP berlangsung. Acara tersebut telah disaksikan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail seperti yang dilaporkan oleh alhijrahnews
Majlis tersebut masih mengikut rukun-rukun nikah tetapi ianya berbeza kerana pasangan pengantin dan wali serta 2 saksi tidak berada di bawah satu bumbung sahaja. Majlis ini diadakan di rumah pihak perempuan dan dilakukan secara sidang video (video conference).
Ketika itu, pihak lelaki Muhammad Don Haadi Don Putra berada di Setiawangsa manakala pihak perempuan, Nahdatul Aishah Mohd Sharif berada di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak . Dengan sekali lafaz, mereka sudah sah bergelar suami isteri.
Majlis ini juga disiarakan secara live di facebook TValhijrah yang boleh ditonton semula selepas ini. Jadi jika anda ingin melansungkan majlis akad nikah, pastikan ianya berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan oleh pihak JAWI.
Cara Memohon Akad Nikah Secara Sidang Media
Untuk permulaan, anda perlu muat turun dan cetak garis Panduan dan Borang Permohonan di www.jawi.gov.my atau download terus pautan dibawah
Kemudian anda perlu lengkapkan semua borang permohonan tersebut. Scan borang tersebut dan hantar permohonan kepada Jurunikah melalui Whatsapp atau e-mel. Untuk tindakan seterusnya, anda boleh rujuk garis panduan diatas tersebut.