Tidak mahu tidak, rakyat Malaysia harus akur terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020 demi memutuskan rantaian pandemik Covid19.
Bagi sesetengah pihak, lanjutan PKP ini dilihat sebagai rahmat dalam bencana. Manakan tidak, hampir dua bulan lamanya masa cuti ini dapat diisi dengan penuh berhemah bersama keluarga tercinta. Namun, pada masa yang sama ketidaktentuan tempoh pandemik serta jangka masa PKP ini menjadi pembunuh psikologi secara senyap terhadap sebilangan besar masyarakat. Tekanan ekonomi keluarga dan himpitan isu sosial dilihat menjadi pencetus kepada pelbagai isu emosi seperti kerisauan melampau, murung dan gelisah.
Oleh yang demikian, TV AlHijrah bersama rakan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd (Karangkraf), Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga menerusi kempen #MusaadahCovid19 memulakan inisiatif baru iaitu MyCareCoV19 khusus untuk memberikan bantuan kerohanian dan pengawalan emosi buat rakyat Malaysia.
Menerusi pelancaran kempen MyCareCoV19 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam rancangan Assalamualaikum yang disiarkan secara siaran langsung sebentar tadi, dijangka hampir 2 juta penonton TV AlHijrah berpeluang untuk mendapatkan bantuan pakar setiap hari bagi merangsang pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang dalam meneruskan kelangsungan hidup.
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sewaktu dihubungi turut berbesar hati melancarkan rancangan baru terbitan stesen ini iaitu Rancangan Munajat.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris sewaktu ditemui pasca pelancaran memaklumkan bahawa TV AlHijrah membuka pintu siaran seluas- luasnya untuk sebarang program yang memanfaatkan ummah.
“MyCareCoV19 adalah usaha kami untuk memeluk emosi masyarakat yang sarat dengan pelbagai isu psikologi semenjak serangan wabak COVID-19.”
“Manusia secara fitrahnya diciptakan untuk bergerak bebas tanpa sekatan. Jadi kita boleh bayangkan betapa sesaknya nafas dan serabutnya minda apabila perlu berkurung seharian di rumah. Malahan ada di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan yang tersayang,” jelas Namanzee.
“Justeru, saya melihat penerbitan rancangan MyCareCoV19 adalah satu keperluan pada saat-saat getir ini.”
Menggunakan tagline Bina Syurga Di Rumah. Bina Rumah Di Syurga. Berjuang Masuk Syurga Sekeluarga, program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen di dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum setiap hari, pada jam 8 hingga 8.30 pagi bermula 13 April 2020 hadapan.
“Penonton boleh menghubungi talian 03 - 2260 2412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini. Sebagai permulaan, pada episod pertama siaran kita akan bawa YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menjawab segala persoalan penonton.”
“Anggaplah begini, kami adalah sebahagian dari keluarga anda yang sayang dan peduli serta ambil berat tentang kemaslahatan jiwa kalian. Kita tidak mahu pertimbangan kemanusiaan, keinsanan dan kewajaran hilang dek ujian wabak ini.”
“Oleh yang demikian, kita jemput pakar-pakar dalam bidang psikologi, kekeluargaan, pengurusan emosi dan yang berkaitan untuk menjawab soalan-soalan penonton serta berkongsi tips-tips dan saranan yang mampu menyuntik semangat semua untuk menjalani perubahan dalam aktiviti seharian.”
Menurut Namanzee, antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan adalah seperti Penderaan Domestik, Sahsiah Suami Isteri, Anak Tantrum Dek PKP, SOP Keluarga PKP, Konflik Penceraian, Adab Media Sosial, E-Kuliah Keluarga dan banyak lagi tajuk menarik lain.
Sebagai tambahan, rancangan Munajat yang turut dillancarkan tadi dilihat sebagai inisiatif tepat yang menterjemah kempen MyCareCoV19.
Selain menyantuni rakan-rakan artis nasyid, rancangan Munajat dengan kerjasama Nasyid.com dan Munsyeed Malaysia dilihat mampu menyumbang secara langsung di dalam kesihatan psikososial ummah.
Munajat akan memulakan siaran Ramadan ini setiap Sabtu selama 60 minit. Antara rakan-rakan artis nasyid yang akan membuat persembahan adalah seperti Daqmi, Hazamin In-Team dan banyak lagi nama-nama besar yang akan mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan, dan kemasyarakatan.
TV AlHijrah mengharapkan agar usaha berlandaskan syariat Islamiah ini dapat membantu menguruskan emosi keseluruhan pihak yang terjejas dengan PKP. Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku.
Untuk mendapatkan maklumat terkini serta menikmati rancangan dan perkembangan semasa dunia dan tanah air, jangan lupa untuk “Like” dan “Follow” laman sosial Facebook TV AlHijrah dan Instagram TV AlHijrah.