Hari ini secara sah, pihak DBKL mengumumkan Bazar Ramadan pada tahun 2020 dibatalkan. Justeru itu, DBKL juga mengeluarkan tatacara bagaimana untuk memohon refund deposit kepada peniaga-peniaga terlibat.
Keputusan ini pastinya sukar diterima apabila tahun 2020 ini tiada penganjuran Bazar Ramadan dan juga Bazar jualan Aidilfitri. Ianya diumumkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri melalui kenyataan media.
Tindakah ini sejajar dengan arahan KKM dan MKN yang tidak membenarkan sebarang aktiviti yang mungkin mengakibatkan dan terjadinya mass gathering dan permasalahan penjarakkan sosial yang pastinya berlaku di mana-mana Bazar Ramadan sepanjang PKP.
DBKL Batal Bazar Ramadan Dan Bazar Aidilfitri
DBKL memutuskan untuk MEMBATALKAN sebarang bentuk aktiviti jualan atau penganjuran Bazar Ramadan dan jualan atau penganjuran Bazar Aidilfitri @ Jalan Raja bagi tahun 2020 di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cara Membuat Permohonan Refund
Jadi kepada peniaga atau penjaja yang telah berdaftar dengan DBKL untuk berniaga di 65 lokasi yang ditetapkan, anda diberi tempoh tuntut semula bermula 20 April (12 PM) hingga 30 April 2020 di pautan dibawah. Para peniaga di diberi salah satu opsyen untuk tuntutan ini.
MOHON DI SINI
Opsyen Tuntutan Semula (Refund)
1. TIDAK MENUNTUT sebarang fi lesen, caj perkhidmatan/pembersihan, sewa tapak serta wang cagaran (mana yang berkaitan) yang telah dibayar kepada DBKL adalah LAYAK secara automatik untuk berniaga di Bazar Aidilfitri @ Jalan Raja dan Bazar Iftar Ramadan atau bazar yang setaraf dengannya di bulan Ramadan pada tahun 2021.
Seterusnya semua bayaran tersebut yang telah dibayar kepada DBKL TIDAK AKAN DIPULANGKAN dan bayaran tersebut akan dibawa ke Bazar Aidilfitri @ Jalan Raja dan Iftar Ramadan tahun 2021.
ATAU
2. MENUNTUT KEMBALI semua bayaran yang telah dibayar kepada DBKL, DBKL AKAN MEMAKLUMKAN cara permohonan serta proses pemulangan berkaitan.
Mereka yang memilih opsyen ini TIDAK LAYAK untuk berniaga di Bazar Aidilfitri @ Jalan Raja dan Iftar Ramadan tahun 2021. Mereka mesti MEMOHON SEMULA sekiranya proses permohonan bazar berkaitan dibuka oleh DBKL.
Keputusan adalah MUKTAMAD dan TIADA RAYUAN akan dilayan selepas itu. Manakala kepada sesiap yang TIDAK membuat sebarang pilihan, anda dianggap memilih OPSYEN 1 dan juga tiada sebarang rayuan akan dilayan.
Apa-apa bayaran (selain bayaran lesen DBKL) yang telah dibuat terus kepada mana-mana persatuan penjaja sebagai penganjur Bazar Iftar Ramadan 2020, pihak penjaja perlu berurusan terus dengan persatuan berkaitan.
DBKL TIDAK TERLIBAT dengan sebarang penerimaan mahupun pemulangan bayaran tersebut.