Cara Membuat Semakan Dan Permohonan Baharu i-Lestari KWSP Secara Online

Pihak KWSP telah merasmikan pautan baru bagi pengguna ingin membuat semakan dan permohonan baharu i-Lestari KWSP.

Cara Membuat Semakan Dan Permohonan Baharu i-Lestari KWSP Secara Online

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dimana rakyat Malaysia boleh keluarkan duit KWSP melalui akaun 2 i-Lestari ketika dalam krisis COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

KWSP hanya membenarkan pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.

Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Lestara

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Berumur di bawah 55 tahun dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Tempoh Permohonan

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sbeulan

Bayaran Akan Mula Dibuat

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP

Cara Mmebuat Permohonan Baharu Pengeluaran i-Lestari

Ikuti tatacara permohonan yang disediakan sendiri oleh pihak KWSP dibawah:
  1. Layari ilestari.kwsp.gov
  2. Pilih Permohonan Baharu
  3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
  4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)
  5. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
  6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan permohon
  7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang Setuju
  8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah Betul dan Tepat sebelum menekan butang Hantar
  9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar

Cara Mmebuat Permohonan Baharu Pengeluaran i-Lestari


Cara Semak Status Permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh 2 hari selepas permohonan
  1. Pilih Semak Status Permohonan
  2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit dan tekan Semak
  3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan

Cara Semak Status Permohonan i-lestari

Post a Comment

Previous Post Next Post