Ini Merupakan Antara Etika Pajak Gadai Yang Anda Perlu Tahu

Pajak Gadai memang antara cara mudah untuk mendapatkan wang. Tetapi anda perlu tahu dan fahami etika pajak gadai tersebut mengelakkan daripada di tipu.

Jom Tengok Etika Pajak Gadai Yang Anda Perlu Tahu

Dari segi bahasa mudah, anda boleh pajak apa-apa barangan yang boleh digadai seperti emas untuk dapatkan sejumlah wang sama dengan nilai barangna tersebut. Ramai daripada kita tahu akan hal ini yang merupakan cara paling cepat untuk mendapatkan duit.

Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai dengan harga yang sewajarnya. Namun, anda sebenarnya mudah ditipu jika tidak berpengatahuan dalam bidang ini, termasuklah dengan mengamalkan etika tertentu yang wajib dipratikkan.

Pajak Gadai

1.   Akta Pajak Gadai 1927 telah diluluskan untuk menyaragamkan undan-undang mengenai pajak gadai di seluruh negara. Sebelum terdapat enakmen yang berbeza-beza mengawal aktiviti pajak gadai di tiap-tiap negeri Semenanjung Malaysia (www.nccc.org.my)

2.   Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang orang lain sebagai cagaran untuk pembayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5000 yang telah didahulukan. Manakala akta mendefinisikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai.

3.   Sistem Pajak Gadai Islam ada sistem berteraskan pada dasar dan prinsip tolong-menolong antara satu sama lain yang sememangnya dianjurkan oleh ajaran Islam seperti skim pajak gadai Islam ar-Rahnu. Sewajarnya digunakan terutaman sekali masyarakat Islam.

Ketahui Dan Fahami 5 Etika Pajak Gadai

Jom Tengok Etika Pajak Gadai Yang Anda Perlu Tahu

1.   Fahami Konsep

Sebelum anda terfikir untuk memajak gadai apa sahaja harta peribadi, apa yang paling penting adalah untuk memahami terlebih dahulu konsep pajak gadai, iaitu fungsi kedai-kedai pajak gadai adalah untuk memberikan pinjaman wang tunai ke atas barangan gadaian tertentu bagi tempoh 6 bulan dengan faedah 2 peratus sebulan.

Antara harta peribadi yang boleh digadaikan adalah berupa barang kemas, selain jam tangan dan juga pen berjenama. Barangan berharga lain antaranya laptop mahupun smartphone tidak boleh digadai. Pemajak gadai dikehendaki membawa barangan gadaian tersebut untuk mendapatkan pinjaman. Pemegang pajak gadai haruslah mencatatkan butir-butir transaksi pemajak gadai dalam buku dengan mengeluarkan surat pajak gadai.

2.   Semak Tarikh Luput

Ini adalah antara etika atau perkara sewajarnya perlu diambil perhatian. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan. Sekiranya hal ini tidak diambil perhatian, pasti akan menyukarkan proses memajak semula harta anda tersebut.

Oleh itu, sentiasa semak tarikh luput harta gadaian anda itu. Selepas tarikh luput, semua barangan yang digadai yang nilainya kurang RM200 akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi. 

3.   Alamat Semasa

Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai. Ini adalah penting untuk memastikan notis-nots pemberitahuan pelelongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai kepada pemajak gadai.

4.   Lesen

Ini paling penting! Sebelum memajak gadai harta anda di mana-mana kedai pajak, penting untuk anda mengenal pasti sama ada kedai pajak tersebut punya lesen yang sah. Keraguan yang timbul terhadap kedai tersebut boleh memberi risiko sama ada anda ditipu atau anda akan mengalami kerugian.

5.   Tuntuk Hak Anda!

Kedai pajak gadai bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan barangan gadaian akibat kecurian atau kebakaran. Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini ke pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Jika pemajak gadai merasakan bahawa barang gadaian berkurangan nilai atau jika kedai pajak gadai enggan menyerahkan barang gadaian anda, buatlah aduan kepada mahkamah. Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan kedai pajak gadai untuk membayar ganti rugi yang munasabah.


sumber : Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Post a Comment

Previous Post Next Post