Sekarang timbul isu terbaru, katanya anda berkemungkinan dijangkiti COVID-19 jika anda hilang deria rasa dan bau ketika krisis COVID-19 ini berlaku.
COVID-19 sedia makluma telah menyerang hampir seluruh dunia ketika ini dan Malaysia tidak terkecuali.Virus yang katanya berasal daripada Wuhan, China ini kini merebak dengan cepat sehingga jatuh ke dalam kategori pandemik yang diumumkan oleh WHO pada Mac baru-baru ini.
Sehingga hari ini, WHO dan pihak KKM sendiri telah mengeluarkan informasi bagi beberapa gejala atau simptom yang menunjukkana anda dijangkiti. Antara yang diumumkan adalah seperti demam, sukar bernafas, batuk dan keletihan.
Tetapi baru-baru ini terdapat isu dibangkitkan dimana, jika anda hilang deria BAU, anda kemungkinan juga dijangkiti COVID-19 ini. Tapi betul ke? Jadi ikuti perkongsian daripada Dr Mohd Shaiful seorang Pegawai Perubatan Sarjana di Jabatan ORL-HNS USM berkongsikan berkaitan perkara ini di Twitter beliau.

Anda Berkemungkinan Dijangkiti COVID-19 Jika Anda Hilang Deria Bau
Satu kajian yang dijalankan oleh Pakar Perubatan di King College London mendapat hampir 60% pesakit yang positif COVID-19 ini mempunyai gejala hilang deria BAU (Anosmia). Selain itu, pakar ORL di sebuah Hospital Osaka juga berpendapat
"Jika pesakit mengalami gejala hilang bau dan rasa walaupun tiada gejala batuk atau selsema, Doktor perlu lebih berhati-berhati dan perlu menyoal lebih terperinci lagi."
Seorang Pakar penyakit berjangkit di Hospital Keiyu, Jepun memberitahu terdapat beberapa pesakit positif COVID-19 mengadu gejala hilang deria bau.
"Mungkin Virus ini melekat pada membran mukus hidung dan menghalang fungsi saraf bau"
Malah, seorang individu tempatan, menerusi perkongsian di twitternya yang baru sahaja pulang dari London pada 22 Mac 2020, Beliau disahkan positif COVID-19 walaupun tiada gejala batuk, demam atau selsema. Hanya kehilangan deria bau dan rasa sahaja.
Persatuan ORL British juga bersetuju bahawa kehilangan deria bau merupakan salah satu gejala baharu bagi pesakit yang asymptomatik (tidak bergejala). Ini berdasarkan analisis yang telah dibuat oleh Public Health England di Hospital Jinyintan dan Hospital Pulmonari Wuhan awal Januari 2020 yang lepas.
Justeru itu, Dr Mohd Shaiful selaku salah seorang Pegawai Perubatan Sarjana di Jabatan ORL-HNS USM, tidak terlepas untuk bertanya kepada pesakitnya yang datang mendapatkan rawatan berkenaan gejala hilang deria bau.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, jika anda mengalami gejala kehilangan deria BAU yang signifikasi sewaktu wabak COVID-19 ini walaupun tiada gejala batuk, selsema atau demam, sila dapatkan saringan secepat yang mungkin. Kita mampu mematahkan rantian COVID-19 ini.
sumber : twitter @Dr_Shaiful
Keywords:
corona virus