6 Cara Untuk Anda 'Travel' Hanya Dari Rumah

Jika anda rasa gian untuk travel pada masa pandemik ini, jangan risau. Kini anda boleh 'travel' di beberapa tempat seluruh dunia hanya dari rumah sahaja.

6 Cara Untuk Anda 'Travel' Hanya Dari Rumah

Krisis pandemik COVID-19 kini sudah memasuki 4 bulan lebih apabila pertama kali kes ditemui pada penghujung Disember 2019 di daerah Wuhan, China. Sejak hari itu, hingga kini hampir seluruh dunia lumpuh kerana tersebarnya virus ini dengan cepat ke seluruh dunia.

Disebabkan itulah, langkah-langkah bagi membendung penularan virus ini giat dijalankan iaitu dengan cara lockdown atau PKP iaitu apa yang dilakukan oleh Malaysia ketika ini. Jika di Malaysia, PKP sudah memasuki fasa ke-3 dan akan bersambung ke fasa 4 sehingga 12 Mei 2020. Jadi selama ini, kita tidak dibenarkan untuk keluar rumah.

Dengan krisis inilah, kini anda tidak lagi boleh untuk bergeraka merentas negeri tanpa kebenaran dan juga merentas negara kerana kawalan sempadan kiat dijalankan bagi mengelakkan kes import. Senang cerita, buat masa ini anda tidak boleh travel atau bercuti ke luar negara. Mana yang sudah beli tiket flight terpaksa dibatalkan sehingga diberitahu. Anda perlu dapatkan refund kerana tiada penerbangan dibuat ketika ini.

Tetapi jangan risau, sebenarnya anda boleh travel ke luar negara dengan melihat keadaan di sana. Jangan risau, ianya dibenarkan dan anda hanya perlu duduk dirumah sahaja. 'Travel' hanya dari rumah.

Travel Hanya Dari Rumah

Anda tidak perlukan passport atau kapal terbang untuk 'travel' kali ini. Cukup sahaja anda duduk rumah, guna smartphone atau komputer anda dan pergi travel. Jom tengok 6 cara untuk anda 'travel' hanya dari rumah sahaja.

1.  Meninjau Bandar Metropolitan Secara Live

Meninjau Bandar Metropolitan Secara Live

Jika kita sebut metropolitan, rasanya yang terkeluar di fikiran pasti New York kan. Jadi ketika musim PKP ini, anda juga boleh untuk tinjau kawasan New York dan juga bandar Paris secara live. Anda boleh tinjau melalui CCTV yang dipasang di kawasan Times Square di New York dan juga kawasan Eiffel Tower di Paris. Ianya disediakan dengan beberapa sudut yang menarik. Jadi kalau rasa nak feeling berada di New York, inilah masanya. 

Sebenarnya bukan bandar ini sahaja yang anda boleh tinjau, ada banyak lagi bandar-bandar terpilih yang anda boleh saksikan secara live. Anda boleh klik di pautan www.earthcam.com dan pilih bandar-bandar yang disediakan. Kuala Lumpur takda pulak.

2.  Mengembara Ke Taman Negara

Mengembara Ke Taman Negara

Ok kalau tak minat pada destinasi urban. Anda juga boleh travel ke Taman Negara di beberapa kawasan di seluruh negara. Anda boleh pergi ke National Park melalui teknologi yang disediakan oleh Google Arts & Culture. Disini terdapat beberapa Taman Negara yang disediakan. Jadi untuk menghayati seolah-olah anda berada disana, anda disarankan untuk memakai earphone. Jadi boleh dengar bunyi-bunyi alam semula jadi yang berada di National Park tersebut. Menggambarkan seolah-olah anda berada di sana. 

3.   Melawat Haiwan Di Zoo Seluruh Dunia

Melawat Haiwan Di Zoo Seluruh Dunia

Sudah selesai di Taman Negara, mungkin anda ingin dapatkan suasana haiwan seperti Zoo. Anda boleh cuba lawati Zoo ini secara maya. Antaranya adalah Zoo Atlanta, Akuarium Georgia, San Diego Kids dan Zoo Negara di USA. Anda akan merasakan seolah-olah anda berada di kawasan tersebut padahal anda hanya duduk di rumah sahaja. Ada siap boleh tengok Panda secara live lagi. 

4.   Melawat Taman Antara Tercantik Di Dunia Di Keukenhof, Belanda

Melawat Taman Antara Tercantik Di Dunia Di Keukenhof, Belanda

Secara santai, anda boleh saksikan kawasan taman yang antara tercantik di dunia iaitu terletak di Keukenhof, Belanda. Di dalam terdapat tasik, rumput menghijau dan bunga-bunga dengan pelbagai jenis dan warna. Anda boleh tonton di Visit Keukenhof secara sudut 360 darjah bersama penerangan daripada tour guide. Memang lawa la taman ni.

5.   Melawat Muzium Terkenal Seluruh Dunia

Melawat Muzium Terkenal Seluruh Dunia

Destinasi seterusnya, kita pergi melawat muzium yang terkenal di seluruh dunia melalui fungsi Street View bagi setiap muzium yang disenaraikan. Di khabarkan, terdapat lebih 2000 muzium yang anda boleh lihat ke dalamnya dan ianya percuma sahaja. Duduk rumah, percuma dan dah boleh masuk muzium.

Sebenarnya Google ada menyediakan Google Art & Culture. Disini anda boleh melihat secara street view dengan pelbagai sudut di tempat-tempat menarik seluruh dunia termasuk :
  • Top of building di seluruh dunia
  • Perpustakaan terkenal
  • Tapak warisan dan banyak lagi.

6.   Melihat Street Art Yang Menarik

Melihat Street Art Yang Menarik

Tidak cukup dengan itu, kita pergi ke jalanan dan mencari street art di seluruh dunia. Melalui Google Streetart, anda boleh hasil seni jalanan yang disediakan di sudut bangunan di bandar-bandar yang disenaraikan. Anda boleh pilih melihat hasil karya Artist mana yang anda minat. Semuanya adalah gambar asal di kawasan tersebut.


Jadi dengan adanya tempat-tempat menarik, betul la kan, anda boleh 'travel' dengan hanya duduk rumah sahaja. Tambahan lagi, mungkin kita tidak dibenarkan untuk melancong ke luar negara sehingga tahun 2021 nanti kan. Mungkin cara-cara ini dapat membantu sikit kan.


sumber : murai

Post a Comment

Previous Post Next Post