Sepertinya kini penggunaan eWallet semakin baik apabila Boost telah memperkenalkan 5 perkara atau fungsi terbaharu yang boleh digunakan sempena Ramadan.
Kita kini sudah masuk ke tahun 2020 dan teknologi juga semakin hari semakin canggih. Siapa sangka kan sekarang, anda boleh berbelanja menggunakan konsep 'cashless' atau nirtunai dimana anda boleh membuat pembelian hanya menggunakan telefon bimbit sahaja melalui eWallet. Tak perlu dah duit tunai, tak perlu bawa duit dah sekarang. Bawa telefon bimbit sahaja.
Seiring dengan itu juga, sempena Ramadan salah satu aplikasi eWallet iaitu Boost tampil kehadapan menyediakan beberapa inisiatif baru. Perkara ini sedikit sebanyak berkait dengan pengguna terutamanya umat Islam dan ada juga boleh digunakan oleh semua orang di Malaysia.
Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh download aplikasi Boost atau layari laman web www.myboost.com.my/
Kita kini sudah masuk ke tahun 2020 dan teknologi juga semakin hari semakin canggih. Siapa sangka kan sekarang, anda boleh berbelanja menggunakan konsep 'cashless' atau nirtunai dimana anda boleh membuat pembelian hanya menggunakan telefon bimbit sahaja melalui eWallet. Tak perlu dah duit tunai, tak perlu bawa duit dah sekarang. Bawa telefon bimbit sahaja.
Seiring dengan itu juga, sempena Ramadan salah satu aplikasi eWallet iaitu Boost tampil kehadapan menyediakan beberapa inisiatif baru. Perkara ini sedikit sebanyak berkait dengan pengguna terutamanya umat Islam dan ada juga boleh digunakan oleh semua orang di Malaysia.
Pendaftaran eWallet Boost
Kebanyakkan fungsi ini akan bermula pada 24 April 2020 ini. Sebelum itu, jika anda berminat untuk menggunakan eWallet Boost, anda perlu daftar terlebih dahulu dengan muat-turun aplikasi Boost di Android dan iOS.
Kemudian anda masukkan invite code aimfjhw
5 Fungsi Baharu Ditawarkan Oleh Boost Sempena Ramadan
Terdapat 5 fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Boost dan pastinya bermanfaat kepada umat Islam terutamanya kerana anda boleh bayar zakat, derma, tahu waktu dan beberapa lagi.
#1. Bayar Zakat Fitrah
Ini antara fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Boost iaitu pembayaran Zakat Fitrah secara online terus melalui aplikasi. Tetapi setakat ini, Boost hanya mengumumkan dimana Lembaga Zakat Selangor, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh dibuat pembayaran.
Caranya, anda pergi ke aplikasi Boost dan klik Zakat. Anda boleh mula buat pembayaran bermula 24 April 2020 ini.
#2. Derma
Di bulan Ramadan, umat Islam sangat digalakkan mencari pahala yang berlipat ganda seperti janji Allah dan antara ibadah atau amalan yang boleh dilakukan adalah melalui derma. Jadi di Boost juga ada menyediakan fungsi Charity. Anda boleh menderma bila-bila masa sahaja terus secara online dengan menggunakan Boost.
Caranya, anda buka aplikasi eWallet Boost dan pilih Charity kemudian pilih mana-mana organisasi yang disenaraikan dan boleh terus buat pembayaran/derma.
#3 Waktu Solat
Walaupun Boost ini lebih kepada penggunaan pembayaran secara atas talian, tetapi Boost juga menyediakan waktu solat bagi setiap kawasan di seluruh Malaysia. Selain menunjukkan setiap waktu solat, Boost juga akan menunjukkan waktu Imsak dan waktu berbuka puasa (iftar).
Caranya, buka aplikasi Boost, kemudian klik Ramadan Highhlight dan pilih Prayer Time
#4. Penghantaran Makanan
Fungsi ini mungkin anda akan menggunakan lebih ketika bermuka puasa kelak. eWallet Boost juga menyediakan beberapa fungsi bayaran terus kepada food delivery ini. Antara syarikat yang terlibat adalah DeliveryEat, dahkaman, eatigo dan Diineout. Jadi selama bulan Ramadan ini, anda boleh la buat pesanan terus melalui Boost untuk buat pembelian secara atas talian. Lagipun kini kita berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Anda tidak dibenarkan keluar rumah.
Selain itu, Boost juga ada menyediakan e-Baazar melalui kerjasama watsapkita. Anda boleh buat tempahan dengan jaraknya dalam 3KM dari rumah dan akan dihantar terus ke rumah anda.
Caranya, melalui aplikasi Boost dan klik Ramadan Highhlight kemudian pilih Food Delivery, kemudian pilih perkhidmatan penghantara yang disediakan dan terus buat pembayaran.
#5. Perkhidmatan Online Shopping
Anda juga boleh online shopping terus melalui eWallet Boost anda. Selain menyediakan cara pembelian atas talian, mereka juga ada memberi cashback bagi beberpa syarikat terlibat seperti TESCO, KFC, Presto Mall dan banyak lagi.
Caranya, melalui aplikasi Boost dan klik Ramadan Highhlight kemudian pilih Shopping Online
Kelebihan Menggunakan eWallet Boost
Ternyata menggunakan pembayaran eWallet ini ada kelebihan berbanding pembayaran secara konvensional menggunakan wang tunai. Jadi Boost juga menyediakan kelebihan tersendiri antaranya adalah :
Kesemua perkara ini, anda akan perolehi bagi setiap transaksi yang dibuat terus melalui eWallet Boost. Anda dapat coins dan anda boleh tebus dengan wang ringgit, kupon, topup dan juga barangan seperti telefon bimbit, earphone dan sebagainya.