Anda duduk rumah, baca buku. Terdapat 3 platform yang memberi akses percuma kepada buku digital sepanjang tempoh PKP ini. Pastinya akan memberi manfaat untuk anda.
Terdapat banyak perkara yang kita boleh lakukan ketika ini sepanjang tempoh kuaratin atau tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika di Malaysia, tempoh PKP telah berlangsung lebih sebulan bermula 18 Mac hingga 28 April 2020. Sepanjang tempoh ini, anda tidak dibenarkan keluar rumah tanpa alasan munasabah.
Sepanjang tempoh inilah, anda boleh penuhi masa dengan membaca. Jadi demi menyahut seruan WHO dan Kerajaan Malaysia sepanjang tempoh kurantin, mereka menyediakan dan memberi akses PERCUMA kepada bahan bacaan seperti buku digital, majalah, novel, surat khabar, buku audio dan banyak lagi.
Antara 3 platform tersebut adalah seperti berikut:
Scribd merupakan platform luar negara yang terkenal terutamanya dikalangan pembaca-pembaca terutamanya pelajar, pengajar dan orang ramai. Platform ini menyediakan buku digital bersama-sama dengan audiobook untuk anda mendengar buku tersebut. Kandungannya lebih ke arah bahasa inggeris yang mana ianya daripada luar negara. Jadi jika anda minat, majalah, songbook, dokument, buku, dan novel antarabangsa, anda boleh cuba menggunakan Scribd. Terdapat berjuta buku yang anda boleh buat pilihan
Scribd mengumumkan di akaun Instagram dengan penawaran akses percuma selama 30 hari sempena tempoh kuarantin seluruh dunia ketika ini. Anda perlu daftar dahulu tanpa menggunakan kad kredit/debit. Anda hanya perlu daftar menggunakan emel sahaja dan boleh terus akses. Anda juga boleh baca melalui aplikasi Android, iOS dan Kindle Fire. Daftar secara percuma Scibd di pautan dibawah
Terlalu banyak bahan bacaan digital yang anda boleh akses sama ada bahasa inggeris dan bahasa melayu. Anda boleh akses buku, novel, majalah tempatan, buku audio, surat khabar tempatan, buku teks sekolah, bahan pembelajaran seperti set soalan dan banyak lagi. Novel melayu ada, majalah memasak, majalah agama dan banyak lagi.

- Scribd
- Perpustakaan Negara
- BookCapital.my
Jadi untuk dapatkan akses tersebut, anda boleh lihat tatacara dibawah ini bagi setiap platform. Manfaatkan hari-hari anda ketika berada di rumah
Dapatkan Akses Percumaan Bahan Bacaan Digital Sepanjang PKP
#1. Scribd
Scribd merupakan platform luar negara yang terkenal terutamanya dikalangan pembaca-pembaca terutamanya pelajar, pengajar dan orang ramai. Platform ini menyediakan buku digital bersama-sama dengan audiobook untuk anda mendengar buku tersebut. Kandungannya lebih ke arah bahasa inggeris yang mana ianya daripada luar negara. Jadi jika anda minat, majalah, songbook, dokument, buku, dan novel antarabangsa, anda boleh cuba menggunakan Scribd. Terdapat berjuta buku yang anda boleh buat pilihan
Scribd mengumumkan di akaun Instagram dengan penawaran akses percuma selama 30 hari sempena tempoh kuarantin seluruh dunia ketika ini. Anda perlu daftar dahulu tanpa menggunakan kad kredit/debit. Anda hanya perlu daftar menggunakan emel sahaja dan boleh terus akses. Anda juga boleh baca melalui aplikasi Android, iOS dan Kindle Fire. Daftar secara percuma Scibd di pautan dibawah
#2. Perpustakaan Negara
Malaysia juga ada menawakan bahan bacaan secara percuma melalui portal Perpustakaan Negara. Katanya, anda boleh akses lebih 13 juta bahan bacaan digital secara percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Anda duduk rumah, lebih baik baca buku kan.
Terlalu banyak bahan bacaan digital yang anda boleh akses sama ada bahasa inggeris dan bahasa melayu. Anda boleh akses buku, novel, majalah tempatan, buku audio, surat khabar tempatan, buku teks sekolah, bahan pembelajaran seperti set soalan dan banyak lagi. Novel melayu ada, majalah memasak, majalah agama dan banyak lagi.
Cara Daftar
- Daftar terlebih dahulu di www.u-library.gov.my sehingga selesai
- Kemudian pergi ke pangakalan data
- Disini terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dengan pelbagai platform disediakan antaranya :
- Kids A-Z (Raz Kids)
- Overdrive
- E-Law
- LawNet : Undang-undang Malaysia Di Hujung Jari Anda!
- Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)
- Ookbee Buffet: Baca Tanpa had dan banyak lagi
- Admin cadangkan, untuk bahan bacaan santai daripada Karangkraf, anda pilih Ookbee Buffet: Baca Tanpa had.
- Ikuti setiap tatacara tebus tiket percuma bagi setiap platform yang disediakan
Dalam Ookbee Buffet: Baca Tanpa had ini, anda boleh akses surat khabar terkini, majalah agama, lelaki, wanita, dan memasak secara percuma. Dalam ini juga, anda boleh dapatkan buku digital dan novel Melayu yang anda boleh baca terus melalui telefon bimbit anda.
#3. Kotak Buku (BookCapital)
Sabuah lagi platfom tempatan yang anda dapatkan akses bahan bacaan digital secara percuma sepanjang tempoh PKP ini iaitu menerusi BookCapital. Anda boleh akses sebanyak 1852 buku digital secara percuma. Juga terdapat buku digital dalam bahasan Inggeris dan juga bahasa Melayu untuk anda baca secara digital.
Cara Daftar
- Layari di laman web www.bookcapital.my
- Daftar terlebih dahulu bagi pemula kemudian Log In
- Klik menu "Category" dan pilih bahagian "Free"
- Sedia untuk membaca
Anda boleh membaca terus menerusi aplikasi Android, iOS dan Desktop. Jadi sepanjang duduk dirumah ini, anda boleh terus membaca buku digital yang anda minati.