Kalau anda rasa nak lihat orang masak atau belajar memasak, anda boleh lihat dalam senarai 10 channel Youtube masakan paling popular di Malaysia bagi tahun 2020.
Semasa tempoh PKP ni pastinya perkara yang boleh dibuat atau mungkin perkara baru yang dibuat adalah memasak. Sehinggakan sebelum ini ada yang memberitahu, sebuah facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini mendapat jumlah ahli sebanyak 1.5 juta dalam masa seminggu sahaja. Menunjukkan rakyat Malaysia cuba memasak tapi mungkin ada yang tak jadi.
Jadi mungkin ada antara anda yang mula cuba memasak dengan merujuk resepi-resepi yang dikongsikan di facebook atau mana-mana blog sekali pun. Atau mungkin anda lihat secara video cara orang memasak.
Kalau anda betul-betul untuk mula belajar memasak, apakata anda tonton video terlebih dahulu kemudian baru pergi mencuba dengan membaca resepi. Di Youtube terdapat banyak perkongsian masakan dan terdapat 10 channel Youtube memasak paling popular di Malaysia yang anda boleh buat sebagai rujukan.
Semasa tempoh PKP ni pastinya perkara yang boleh dibuat atau mungkin perkara baru yang dibuat adalah memasak. Sehinggakan sebelum ini ada yang memberitahu, sebuah facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini mendapat jumlah ahli sebanyak 1.5 juta dalam masa seminggu sahaja. Menunjukkan rakyat Malaysia cuba memasak tapi mungkin ada yang tak jadi.
Jadi mungkin ada antara anda yang mula cuba memasak dengan merujuk resepi-resepi yang dikongsikan di facebook atau mana-mana blog sekali pun. Atau mungkin anda lihat secara video cara orang memasak.
Kalau anda betul-betul untuk mula belajar memasak, apakata anda tonton video terlebih dahulu kemudian baru pergi mencuba dengan membaca resepi. Di Youtube terdapat banyak perkongsian masakan dan terdapat 10 channel Youtube memasak paling popular di Malaysia yang anda boleh buat sebagai rujukan.
10 Channel Youtube Masakan Paling Popular
#1. Khairul Aming
Anda mungkin kenal beliau melalui Instagram sebelum ini. Jadi beliau juga cuba pergi ke platform yang lebih besar di Youtube. Kebanyakkan video di Youtube nya adalah daripada Instagra. Jadi pastinya video-video tersebut pendek dan padat. Ada yang kata, tengok video Khairul Amin bukan nak belajar memasak tetapi nak dengar celoteh dan lawak beliau sahaja. Jika berminat, anda boleh pergi ke channel Youtube Khairul Aming dan mula belajar memasak.
Special Ramadan 2020 ini, Khairul Aming buat khas pada saluran Youtube beliau dengan 30 hari 30 resepi. Anda boleh ikuti beliau di sana.
#2. Buat Orang Lapo
Video-video daripada channel Youtube Buat Orang Lapo rata-rata daripada pemiliknya sendiri iaitu Nazatul. Sehingga kini channel tersebut telah mendapat 400 ribu lebih subscriber yang menunjukkan ramai orang lapar yang masuk ke Youtube beliau. Channel tersebut memberikan setiap sudut video makanan itu tampak menarik ditambah dengan lampu-lampu yang menjadikan makanan tersebut nampak sedap.
Anda boleh ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan oleh beliau di dalam video. Tapi tanpa suara la. Kureng sikit la kat sini. Tapi jangan risau, resepi semua ada ditulis dibahagian description.
#3. iCookAsia
Channel Youtube iCookAsia juga mengenakan ciri seakan sama seperti channel Buat Orang Lapo. Video yang dirakamkan agak cantik dengan pelbagai sudut yang digunakan. Tambahan dengan lighting dan juga muzik latar yang menarik. Ada beberapa video yang dirakam bersama dengan penerangan langkah-langkah dan ada juga hanya video sahaja. Tetapi segala resepi ada disediakan di bahagian description video tersebut.
#4. Che Nom
Kalau nak dengar suara seperti Khairul Aming tetapi dalam versi perempuan, rasanya channel Youtube Che Nom ada suara tersebut. Bila kita dengar, sedap je tambahan dengan arahan langkah demi langkah yang diajar juga mudah difahami dengan lenggok bahasa yang digunakan. Sesuai untuk yang baru belajar masak. Che Nom juga akan berkongsikan tips menarik jika ada dalam video yang dimuat naik. Videonya juga berkualiti tinggi dengan sudut yang sedap mata memandang. Jangan lupa terjah.
#5. Seminit Resepi
Walaupun nama Youtube tersebut Seminit Resepi tetapi video yang dikongsikan bukanlah berdurasi seminit tetapi lebih. Jadi video yang ada tidaklah mampat dan laju. Mereka akan mengajar dan berkongsi resepi-resepi mereka sendiri kepada semua penonton.
Sudut video yang digunakan adalah daripada atas, jadi anda boleh nampak semua yang berlaku di dalam kuali. Mereka akan ajar langkah demi langkah tanpa skrip. Jadi anda boleh follow perlahan-perlahan.
#6. Limau Nipis
Channel ini juga mengetengahkan video-video yang cantik dengan kualiti yang baik, jadi anda nak tonton pun, sedap sahaja memandang. Dalam video tiada suara penerangan yang disediakan, jadi anda perlu ikuti setiap langkah yang ditunjukkan. Jangan risau, tak laju pun. Selain itu dalam channel Limau Nipis ini juga, bagi setiap video ada disediakan resepi sekali. Mudah la nak ikuti langkah yang ditunjukkan.
#7. Azie Kitchen
Channel ni best, bila anda masuk sahaja, anda akan nampak gambar makanan melalui tumbnail bagi setiap video berserta nama dengan gambar penuh. Anda boleh tahu, apakah hasil makanan melalui resepi yang dikongsikan tersebut. Video yang digunakan mungkin tidaklah berkualiti seperti channel lain, tetapi content yang ingin diketengahkan itu sampai. Azie Kitchen hanya menggunakan sudut close up beserta latar muzik bagi setiap videonya.
#8. Seismik Makan
Channel ini sepertinya dikelola oleh produksi dengan beberapa tenaga kerja. Hasil video yang dikongsikan seakan video professional seperti yang dilihat di TV. Video yang berkualiti, muzik yang sedap menjadikan video nampak menarik. Anda boleh ikuti resepi daripada Seismik Makan yang dikongsikan tetapi tiada penerangan yang diberi. Jangan risau, resepi ada disediakan di bahagian description.
#9. Mydapur Panas
Channel Mydapur Panas ini juga menggunakan tumbnail yang menarik bila anda lawati channel tersebut. Sepertinya, ia menggunakan warna yang lebih saturated atau terang dengan menaikkan warna makanan tersebut. Videonya juga agak menarik diringi dengan muzik yang santai. Tiada arahan suara yang diberi tetapi ada ditulis setiap langkah yang dibuat. Jadi mudah je nak follow kalau masak makanan tersebut. Tambahan lagi ada disediakan cara memasak dan resepi di bahagian description dalam 2 bahasa.
#10. Malina Lina Pg
Channel yang terakhir adalah channel Malina Lina Pg. Video resepi yang dikongsikan agak baik kerana disediakan arahan suara beserta panduan bagi setiap langkah-langkah yang ingin dibuat. Anda boleh baca atau dengar penerangan daripada video tersebut. Sudut yang diambil adalah sudut dekat, jadi anda boleh tahu apa yang berlaku di dalam bekas tersebut dengan terang. Juga disediakan resepi dibahagian description
Keywords:
youtube