10 Fakta Menarik Berkaitan Al-Quran Yang Boleh Kita Pelajari

Bulan Ramadan tidak lama lagi menjelma dan pastinya banyak perkara kebaikkan yang boleh kita lakukan antaranya baca al-Quran. Jadi sebelum itu, jom kita tengok 10 fakta menarik berkaitan al-Quran yang boleh kita pelajari.

10 Fakta Menarik Berkaitan Al-Quran Yang Boleh Kita Pelajari

Ramadan juga digelak bulan al-Quran kerana di dalamnya terkandung satu hari dimana ianya diturunkan seperti di dalam firman Allah SWT,

“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185)

Jadi dalam bulan Ramadan, kita digalakkan sebanyak mungkin hatta lebih daripada bulan-bulan lain supaya membaca dan mentadabbur al-Quran. Inilah masanya kita mencari lebih banyak pahala yang berlipat ganda yang tiada dalam bulan-bulan lain.

Al-Quran berperanan sebagai sumber rujukan bagi umat Islam mengandungi banyak kelebihan sesuai dengan statusnya sebagai mukjizat yang diturunkan untuk umat Muhammad SAW. Jadi jom kita tengok keisitimewaan dan fakta menarik yang terdapat dalam al-Quran.

10 Keistimewaan Dan Fakta Menarik Terdapat Dalam al-Quran


  #1.  Dua Hizb Di Dalam Al-Quran

Al-Quran mengandungi sebanyak 114 surah dengan 6236 ayat. Ia mencukupi 30 juzuk di mana setiap juzuk terbahagi kepada dua hizb (bahagian). Oleh itu sebanyak 60 hizb terkandung di dalamnya.

Dua Hizb Di Dalam Al-Quran

  #2.  Kumpulan Surah Dalam Al-Quran

Terdapat dua kumpulan surah dalam al-Quran iaitu surah Makiyyah sebanyak 86 surah yang turun sebelum hijrah dan Madaniyah 28 surah yang turun selepas hijrah.

  #3.  Kalimah Basmalah

Jika anda membaca al-Quran, pastinya setiap surah pasti dimulai atau ditulis dengan kalimah Basmalah. Tetapi sebenarnya ianya terkecuali bagi surah at-Taubah, manakala pada surah an-Naml mengandungi 2 Basmalam (permulaan surah di di pertengahan surah).

  #4.  Panjang Dan Pendek Ayat

Surah yang terpanjang adalah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat. Dan yang terpendek adalah surah al-Kautsar mengandungi 3 ayat. Manakala surah al-Ikhlas adalah satu-satunya surah yang di dalamnya ada satu baris kasroh (baris bawah)

  #5.  Kedudukan Surah Awal Dan Akhir

Surah al-Fatihah adalah surah yang pertama kedudukannya. Dan surah an-Nas adalah yang terakhir berdasarkan turutan yang umum dalam mushaf, bukan berdasarkan kepada turutan turunya ayat.

  #6.  Nama-Nama Khusus Surah

Setiap surah dalam al-Quran memiliki nama-nama khusus. Dan sebahagian surah pula memiliki lebih dari satu nama seperti surah al-Fatihah yang mengandungi lebih dari 20 nama antaranya, al-Fatihah, Ummul Kitab, as-Sabiu, al-Matsani, al-Kanz, al-Wafiyah, al-Kafiyah, as-Syafiyah dan lain-lain.

  #7.  Huruf Muqathaiah

Di dalam al-Quran untuk semua surah, terdapat 29 surah daripada keseluruhan dimulakan dengan huruf muqathaiah (Thoha, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Mim dan lain-lain lagi)

  #8.  Sujud Tilawah

Sebanyak 15 surah dalam al-Quran terkandung di dalamnnya ayat Sajadah yang dihukumkan sunat muakkad untuk melaksanakan sujud tilawah ketika sampai pada bacaan ayah tersebut. 

Sujud Tilawah

  #9.  Jumlah Bilangan Perkataan Berpasangan

Bilangan setiap pasangan perkataan disebut sama rata contohnya, dunia akhirat disebut 115 kali, syurga neraka 77 kali, malaikat syaitan 88 kali, hidup mati 145 kali, faedah rugi 50 kali, lelaki perempuan 24 kali dan bulan 12 kali manakala hari 365 kali bersamaan dengan kiraan hari dan bulan yang ada.

  #10.  Nama Individu Paling Banyak Disebut

Musa AS adalah nama yang paling banyak disebutkan, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam al-Quran.

Post a Comment

Previous Post Next Post