Kita mungkin biasa berdoa selepas solat terutamanya dan sebenarnya ada tips dan cara supaya doa dimakbulkan Allah. Ini mungkin boleh diamalkan selepas ini.
Berdasarkan hadis ini, tergesa-gesa itu bermaksud, kita berdoa dan mahukan Allah segera memakbulkan doa kita. Jika tidak, mereka akan akan putus asa dan tidak lagi mahu berdoa kepadaNya.
Sebenarnya banyak sahaja tips dan cara ini yang diajar di dalam hadis, buku-buku hatta di dalam google juga anda boleh cari. Banyak tips yang dikongsikan. Sedikit sebanyak tips ini boleh diamalkan oleh kita setiap kali kita berdoa.
Doa merupakan antara senjata umat Islam yang tiada pada umat lain. Ianya juga perantaraan kita dengan Maha Pencipta. Apa yang kita mahu atau hajati, mintalah kepada Maha Pemilik. Dia yang memiliki segalanya.
Tetapi adakala doa yang kita pinta ini tidak dikabulkan sama ada dikabulkan terus, lambat atau tidak dikabulkan terus. Mungkin ada hikmat disebaliknya. Tetapi kita kene tahu juga adab berdoa kepada Allah yang telah diajar oleh Islam. Dengan ajaran ini, pastinya doa kita akan dikabulkan insya Allah.
5 Tips Supaya Doa Dimakbulkan Allah
#1. Tidak Berdoa Dalam Keadaan Tergesa-Gesa
Apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa ni? Berdoa dengan pantas ke atau mahukan keputusan sekelip mata?
Dalam sebuah hadis berbunyi, "Seorang sahabat bertanya; 'Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa? ' Rasulullah Saw menjawab: 'Yang dimaksud dengan tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan; 'Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan'. Setelah itu, ia merasa putus asa dan tidak pernah berdoa lagi.' (H.R.Muslim dari Abu Hurairah)
Jadi, kita seharusnya berdoa dan janganlah mengharapkan doa tersebut terus dimakbulkan. Hari ini doa, esok makbul. Khuatir kita akan kecewa jika tidak diperkenankan dan sudah malas berdoa. Ingatlah, Allah suka akan doa daripada hambanya. Teruskan berdoa dan mintalah kepadaNya.
#2. Berdoa Dengan Yakin Dimana Doa Kita Akan Dikabulkan
Inilah sepatutnya perasaan kita ketika berdoa dan meminta kepada Allah. Kita mesti yakin dimana Allah akan kabulkan doa kita walaupun ianya tampak mustahil. Dalam hadis ada menunjukkan.
"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai." (H.R. At-Tirmidzi dari Abu Hurairah)
Sebagai contoh, jika kita baru selesai temu duga untuk mohon pekerjaan. Kita tahu kita tidak perform ketika sesi temu duga tetapi kita mahu juga pekerjaan tersebut. Secara logik akal, kita tahu tidak akan diterima. Tetapi kita perlu berdoa kepada Allah dengan yakin, dimana supaya Allah membuka hati mereka menerima anda.
Ingatlah Allah itu memiliki segalanya. Dia yang aturkan segalanya. Kalau dia mahukan ianya jadi, ia akan jadi. Yang penting yakin kepadaNya
#3. Berdoa Dalam Kita Berdakwah
Tidak boleh tidak, sebagai hamba Allah kita tidak boleh lari daripada amal makruf, nahi mungkar. Kerja dakwah ini tidak terhenti ketika Nabi wafat tetapi ianya berterusan sehingga hari kiamat. Masih ramai lagi manusia yang boleh dibawa kembali kepada agama fitrah iaitu Islam.
Dakwah ini bukan fokus kepada ceramah, hukum sahaja tetapi banyak jenis. Penulisan blog boleh jadi dakwah, peringatan di facebook dan twitter boleh jadi dakwah.
Jadi antara tips supaya doa lebih senang dimakbulkan Allah adalah berdoa dan jangan tinggalkan amal makruf, nahi mungkar. Ada hadis yang memberitahu, antara doa yang tidak dikabulkan adalah doa mereka yang meninggalkan dakwah tersebut
"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, hendaknya kalian beramar ma'ruf dan nahi munkar atau jika tidak nescaya Allah akan mengirimkan seksa-NYa dari sisi-Nya kepada kalian, kemudian kalian memohon kepada-Nya namun doa kalian tidak lagi dikabulkan." (H.R At-Tirmidzi dari Hudzaifah)
#4. Anda Berdoa Secara Terperinci Dan Spesifik
Ini bermaksud, ketika anda berdoa kepada Allah sebut kesemuanya yang anda mahukan. Jika anda ingin dapatkan pekerjaan. Di dalam doa, sebutkan pekerjaan apa yang anda mahu kan. Kalau anda ingin berjaya dalam pembelajaran, sebut berapa CGPA yang anda mahukan.
Jika ingin dapatkan jodoh, sebut nama yang si dia dalam doa tersebut. Walaupun Allah tahu sebenarnya sebab di Maha Mengetahui tetapi ingatlah Allah suka kepada hambanya yang selalu meminta kepadanya.
Dari Abu Hurairah: ”Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah, maka Allah memarahinya”
#5. Doa Untuk Orang Lain
Tips terakhir supaya doa dimakbulkan Allah adalah dalam doa anda tersebut anda berdoa untuk orang lain juga. Ini antara cara yang boleh dilakukan supaya doa kita juga mudah dimakbulkan Allah.
Daripada Abu Darda’, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)
Jadi jika anda berdoa untuk orang lain berjaya dapat CGPA 4.0, sekali gus malaikat akan aminkan doa yang sama untuk diri kita juga peroleh keputusan CGPA 4.0. Jadi jangan lupa berdoa untuk yang lain juga. Doa untuk ayah kita, ibu kita, adik-beradik kita, saudara kita dan kawan-kawan kita.
Jadi diharap dengan tips dan cara supaya doa dimakbulkan Allah ini memberi manfaat kepada kita untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Doakan juga admin supaya berjaya dalam penulisan blog ini :)
Keywords:
agama