Sehingga artikel ini ditulis, khususya umat Islam di Malaysia sudah 2 kali tidak melakukan solat Jumaat dan solat Jemaah di Masjid. Adakah ianya dibolehkan?
Hal ini berlaku bermula apabila Kerajaan telah mengumumkan dan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 pada peringkat pertama. Kini ianya telah dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 14 April 2020. Justeru itu, segala aktiviti di luar rumah adalah dilarang tanpa perkara berfaedah.
Antara larangan daripada pihak Kerajaan adalah semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai atau mass gathering ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku. Larangan ini termasuklah melakukan solat jemaah di Masjid kerana melibatkan orang ramai.
Jadi disebabkan isu itulah timbul ialah hukum melaksanakan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid. Oleh yang demikian, institusi-institusi fatwa antarabangsa telah bersidang dan mengeluarkan keputusan masing-masing.
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (Surah al-Baqarah: 195)
Maksudnya: Tindakan seorang ketua ke atas rakyat, berdasarkan kepada kemaslahatan. (Rujuk al-Asybah wa al-Nazair Lissuyuti, 121)
Hal ini berlaku bermula apabila Kerajaan telah mengumumkan dan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 pada peringkat pertama. Kini ianya telah dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 14 April 2020. Justeru itu, segala aktiviti di luar rumah adalah dilarang tanpa perkara berfaedah.
Antara larangan daripada pihak Kerajaan adalah semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai atau mass gathering ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku. Larangan ini termasuklah melakukan solat jemaah di Masjid kerana melibatkan orang ramai.
Jadi disebabkan isu itulah timbul ialah hukum melaksanakan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid. Oleh yang demikian, institusi-institusi fatwa antarabangsa telah bersidang dan mengeluarkan keputusan masing-masing.
Fatwa Berkaitan Penangguhan Solat Jumaat Dan Solat Jemaah
Di seluruh kini kebanyakkan masjid ditutup bagi mengelakkan mass gathering yang mungkin menyebabkan jangkitan virus tersebut. Jadi di masjid kini tiada lagi solat jumaat sehingga waktu yang ditentukan oleh negara tersebut termasuklah Malaysia.
Anda boleh baca fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh negara seperti Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Singapura, Kuwait dan beberapa buah negara lagi disini
Muzakarah Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)
Malaysia juga tidak ketinggalan dimana telah diadakan Satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah diadakan pada 15 Mac 2020 yang lepas.
Keputusan pandangan ini telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah, Sultan serta Raja di negeri-negeri bagi mendapatkan perkenan untuk tindakan selanjutnya.
Hasil daripada muzakarah tersebut, Majlis telah memutuskan bahawa semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah, solat Jumaat ditangguhkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia dari masa ke semasa. Dalam tempoh ini, jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk melakukan operasi pembersihan dan penyahkuman. Perlanjutan atau penamatan tempoh sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalil
Antara dalil-dalil yang digunakan dalam mengeluarkan hukum tersebut berlegar pada beberapa poin tertentu bagi semua negara.
Antaranya ialah kewajipan meraikan salah satu daripada Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa (hifz al-nafs). Haram seseorang itu sengaja membiarkan dirinya terdedah kepada bahaya dan kebinasaan dengan tidak mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan. Hal ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (Surah al-Baqarah: 195)
Begitu juga, kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa setiap tindakan pemerintah terhadap rakyatnya perlu didasari dengan kemaslahatan.
تصرّف الإمام منوط بالمصلحة
Ini kerana jika dibiarkan berlakunya perhimpunan beramai-ramai walaupun apa jua tujuan, maka ia sangat berisiko untuk membawa kepada kemudharatan dan kebinasaan, sedangkan prinsip Islam ialah menolak kemudharatan berdasarkan kaedah-kaedah fiqh:
Jika dilihat daripada sudut sejarah, langkah ini juga yang telah diambil oleh sahabt Nabi SAW untuk mengekang penyakit berjangkit daripada terus merebak. Apabila berlakunya penyakit yang berjangkit iaitu Ta’un di kota Amawas, Saidina ‘Amr al-‘As mengasingkan dan membawa golongan yang menghidap penyakit ke kawasan bukit-bukau dengan dipisahkan dari masyarakat yang sihat sehingga dapat menyelesaikan kemelut wabak tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Ibn Athir dalam kitabnya, al-Kamil fi al-Tarikh:
Maksudnya: Bahawasanya Saidina ‘Amr Ibn al-’As telah keluar bersama sekelompok manusia yang dihidapi penyakit Ta’un di Amawas ke kawasan bukit-bukau, sehinggalah Allah SWT mengangkat penyakit tersebut daripada mereka. Apa yang telah dilakukan oleh Saidina ‘Amr al-‘As telah sampai ke pengetahuan khilafah pada ketika itu, Saidina Umar al-Khattab RA, dan beliau tidak mengingkarinya. (Rujuk al-Kamil fi al-Tarikh Li Ibn al-Athir, 2:377)
Maksudnya: Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa. Hadith riwayat al-Bukhari: (5707)
Kami berharap bahawa ia dapat dijadikan panduan dan rujukan buat masyarakat khususnya para ilmuan, untuk mengkaji kaedah pendalilan dan penghujahan yang digunakan oleh institusi-institusi fatwa antarabangsa dalam mengeluarkan hukum ini.
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan. Hadith riwayat Ibn Majah: (2341)
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Maksudnya: Menolak kemudaratan itu lebih utama daripada mendapatkan maslahah.
Oleh yang demikian, setiap arahan dan ketetapan daripada pemerintah adalah wajib dipatuhi dan ditaati, berdasarkan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa’: 59)
Ini merupakan langkah pencegahan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW berkaitan dengan penyakit yang berjangkit. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Usamah Ibn Zaid RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا سمعتم بالطاعون بأرض فلا تدخلوها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا منها
Maksudnya: Apabila kamu mendengar tentang wabak Ta’un di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya. Hadis riwayat Muslim: (2219)
أنَّ عمرو بن العاص رضي الله عنه، خرج بالناس عندما أصابهم طاعون عمواس إلى الجبال، حتى رفعه الله عنهم، وأن فعله هذا بلغ عمر بن الخطاب رضي الله عنه فلم ينكره
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:
وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ
Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW juga bersabda:
لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ
Maksudnya: Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat. Hadis riwayat Bukhari (5771) dan Muslim (2221)
Dalam situasi sebegini, kita berikhtiar mengambil kaedah mencegah lebih baik daripada merawat, seperti pepatah Arab ada menyebutkan:
الوقاية خير من العلاج
Maksudnya: Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Hendaklah kita mengambil kesempatan ini untuk mendirikan solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga supaya dapat membina institusi kekeluargaan dengan lebih kuat dan utuh. Hal ini seperti menyampaikan beberapa pesanan seusai solat atau membaca kitab-kitab agama yang ringkas sebagai mengisi pembelajaran agama di rumah.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita menginsafi dan beristighfar kepada Allah SWT, serta tetap mendirikan solat dan sabar. Marilah juga bersama kita berdoa agar Allah SWT menyelamatkan negara kita supaya dapat keluar daripada kemelut wabak yang berbahaya ini dengan sihat, selamat dan sejahtera.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
WaAllahu a’lam
sumber : Bayan Linnas Siri ke-225