Anda Boleh Buat Sendiri. Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah

Kini anda boleh makan corndog viral keju tarik dengan ikuti perkongsian resepi corndog dengan mudah. Anda boleh buat dan makan sendiri.

Anda Boleh Buat Sendiri. Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah

Sekarang ni dan viral, nak keluar makan, nak cari kedai yang sediakan menu corndog. Menu ini dikatakan anda boleh tarik cheese yang disediakan didalam roti tersebut bersama-sama dengan hotdog.

Tapi yang tak bestnya, corndog ini harganya membuatkan kita berfikir 2,3 kali nak beli ke tidak. Katanya harga lebih RM10-RM15 untuk sebatang. Kenyang ke makan corndog dengan harga tersebut. 

Tapi apa kata, kalau kita buat sendiri je. Mungkin dengan harga itu, kita dapat kuantiti yang banyak. Jadi ikuti resepi corndog viral dan anda boleh buat sendiri selepas ini di rumah. Anda boleh la tarik sepuas-puasnya

Resepi Corndog Viral Yang Anda Boleh Cuba

Kalau biasa makan diluar, anda beli 1 atau 2 batang je. Perkongsian daripada Alla Nella ini, beliau buat lebih 10 batang corndog cheese. Katanya cara buatnya sedikit leceh tetapi berbaloi la kalau dibandingkan beli di luar kan. Jom ikuti perkongsian resepi corndog viral cheese.

Bahan-Bahan

  • Cheese Mozarillah/Cheddar
  • Sosej
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Gula
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 cawan Susu Segar Sejuk
  • Breadbcrumb (pilihan)
  • Lidi

Cara Memasak

    1.   Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam

    2.   Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati

    3.   Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi atau apa-apa bekas supaya mudah untuk mencelup sosej nanti

    Anda Boleh Buat Sendiri. Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah

    4.   Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi

    5.   Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit

    Anda Boleh Buat Sendiri. Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah
      6.   Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti (breadcrumb) dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

      Anda Boleh Buat Sendiri. Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah

      7.   Pastikan minyak sudah panas dengan api yang kecil. Tunggu sehingga garing dan boleh dihidangkan. SIAP!

      Anda Boleh Buat Sendiri. Ikuti Resepi Corndog Viral Dengan Mudah



      Post a Comment

      Previous Post Next Post