Anda Kena Cuba Ni. Resepi Ayam Geprek Disukai Ramai

Lebih 3.1K share di facebook, jom tengok perkongsian Nurul Hawa bagaimana resepi Ayam Geprek yang simple dan pastinya disukai ramai orang.

Anda Kena Cuba Ni. Resepi Ayam Geprek Disukai Ramai
sumber : medium.com

Ayam Geprek adalah ayam goreng yang terkenal di Indonesia yang dibalut atau disatukan atau dicampurkan dengan sambal geprek yang pedas. Kalau di Indonesia, menu ini sangat terkenal dan originaliti adalah datang dari seberang.

Tetapi kini tahun 2020, menu Ayam Geprek ini semakin diterima dan mula terkenal di Malaysia. Di Malaysia sendiri sudah banyak kedai-kedai yang ketengahkan menu ini seperti Ayam Gepuk, Pak Gembus menggunakan konsep ayam goreng beserta sambal cili pedas.

Dah banyak di Malaysia, apa kata kita masak sendiri pula. Jangan risau berkaitan resepi. Ada individu yang berbesar hati berkongsi resepi ayam geprek yang simple sahaja tetapi bila cuba, pasti nak lagi.

Oleh itu, jom kita tengok bahan-bahan dan cara masa ayam geprek dengan mudah dan boleh dimasak dirumah sahaja.

Resepi Ayam Geprek Disukai Ramai

Perkongsian daripada Nurul Hawa ini dapat perkongsian di facebook lebih daripada 3.1K share. Resepi yang dikongsikan ini nampak simple sahaja sebenarnya. Pasti anda juga mampu untuk masak dengan tatacara yang dikongsikan.

Bahan-Bahan

  • Bahan Perap Ayam
    • 4 bahagian whole leg ayam
    • 3 ulas bawang putih cincang
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil jus limau

  • Bahan Salut Ayam
    • Tepung Bestari
    • 2/3 biji telor

  • Bahan Sambal Geprek
    • 15-20 biji cilipadi merah
    • 3 ulas bawang mera
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 biji tomato
    • Garam dan gula secukup nya

Cara-Cara Memasak

Anda Kena Cuba Ni. Resepi Ayam Geprek Disukai Ramai
  1. Bersihkan ayam terlebih dahulu dan perap selama 15 minit di dalam suatu bekas
  2. Sementara itu, didalam bekas lain, masukkan tepung bestari
  3. Celupkan ayam dalam adunan telor, kemudian dalam adunan tepung dan gorenglah di dalam minyak yang banyak sampai masak dan crispy. Angkat dan tos kan ayam goreng tersebut
  4. Panaskan kuali untuk masak sambal pula
  5. Masukkan sedikit minyak dan goreng bahan sambal geprek (seperti bahan diatas) sehingga beraroma kemudian angkat. 
  6. Kemudian, tumbuk kasar cili tersebut, tambah garam dan sedikit gula dan curahkan diatas ayam goreng tadi.
  7. Ayam geprek sedia untuk di nikmati bersama ulaman kegemaran
  8. Anda boleh makan bersama nasi putih, sup kosong, tempe dan tauhu goreng. SIAP!

Post a Comment

Previous Post Next Post