Semalam (25 Mac 2020) Perdana Menteri sekali lagi memberi ucapan khas kepada rakyat Malaysia sekali gus memberi arahan terbaharu dimana tempoh Perintah Kawalan Keselamatan di lanjutkan lagi 2 minggu sehingga 14 April 2020.
Jika sebelum tempoh Pergerakan Kawalan Keselamatan diputuskan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 berikutan krisis pandemik COVID-19 semakin meruncing terutamanya di Malaysia. Ternyata tempoh ini tidak cukup berdasarkan pemerhatian khusus daripada pihak Kementerian Kesihatan.
Susulan dengan kes yang dijangkiti COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan termasuk kes kematian, tindakan segera telah diambil. Setelah mengambil kira dan cadangan daripada pihak terbabit, akhirnya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di lanjutkan selama 2 minggu sehingga 14 April 2020.

Doa Yang Dibaca Oleh Perdana Menteri
Dalam perutusan khas tersebut, diakhir ucapan beliau, Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia manadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya khusus daripada krisis COVID-19 ini.
Ikuti teks doa beliau di bawah ini
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau ampunilah dosa-doa kami
Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah
Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa
Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini
Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami
Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi
Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah
Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah
Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah
Lindungilah kami
Selamatkanlah kami
Sejahterakanlah hidup kami