Anda mungkin baru atau ingin berjinak-jinak dalam dunia blog ini. Jadi anda berada di tempat yang betul, dimana anda akan peroleh panduan untuk bermula menjadi seorang blogger yang berjaya di masa hadapan.
Istilah senang dan mudahnya, jika anda mempunyai blog anda adalah seorang blogger, tidak kiralah apa jenis niche yang anda tulis atau yang anda kongsikan kepada pembaca. Mungkin anda seorang blogger sukan, blogger fashion, blogger makanan dan pelbagai lagi. Tapi macam mana sebenarnya nak bermula untuk menjadi seorang blogger ni?
Biasa kita tengok sebuah blog dan pernah terfikir macam mana mereka buat? Macam mana mereka menulis? Ada software khas ke untuk bina sebuah blog atau website ni? Itulah biasanya apa mereka fikir jika mereka masih baru atau tiada langsung informasi berkaitan blog ini. Ingatlah, walaupun zaman 2020, dunia blog ini masih releven.
Istilah senang dan mudahnya, jika anda mempunyai blog anda adalah seorang blogger, tidak kiralah apa jenis niche yang anda tulis atau yang anda kongsikan kepada pembaca. Mungkin anda seorang blogger sukan, blogger fashion, blogger makanan dan pelbagai lagi. Tapi macam mana sebenarnya nak bermula untuk menjadi seorang blogger ni?
Biasa kita tengok sebuah blog dan pernah terfikir macam mana mereka buat? Macam mana mereka menulis? Ada software khas ke untuk bina sebuah blog atau website ni? Itulah biasanya apa mereka fikir jika mereka masih baru atau tiada langsung informasi berkaitan blog ini. Ingatlah, walaupun zaman 2020, dunia blog ini masih releven.
Orang cakap, selagi ada Google, ada Internet, ada komputer, ada smartphone, selagi itulah blog ini akan wujud dan terus bercambah
Apa Yang Perlu Ada Untuk Bermula Menjadi Seorang Blogger
Ikuti panduan ini bagi mereka yang betul ingin bermula menghasilkan sebuah blog. Anda minat menulis dan blog ini adalah salah satu platform yang sangat sesuai untuk anda bermula menghasilkan penulisan dan berkongsi kepada orang ramai.
#1. Tentukan Niche Blog
Penulisan di blog sebenarnya terdapat banyak niche yang anda boleh tentukan dan ianya terserah kepada anda. Erti kata lain, jenis penulisan apa yang anda ingin tumpukan pada blog tersebut. Niche ini boleh datang daripada minat anda sebenarnya.
Jika anda berminat untuk menulis berkaitan sukan bola sepak, anda boleh tumpu 100% content blog berkaitan bola sepak. Jika minat gadget dan teknologi, boleh tumpukan dan niche kan terhadap perkara tersebut. Disebabkan anda minat, pastinya penulisan anda menjadi baik seiring dengan pengetahuan yang anda perolehi berkaitan niche yang anda pilih.
Niche viral pun boleh. Setiap perkara viral yang berlaku, anda update tetapi pastikan anda caknalah dengan isu semasa. Pelbagai lagi niche yang anda boleh terokai sebelum menjadi seorang blogger. Elakkan niche yang berkaitan perkara yang tidak elok. Ingatlah setiap penulisan kita adalah tanggungjawab kita.
#2. Dapatkan Domain
Sudah dapat niche yang anda inginkan, kini dapatkan pula domain untuk blog anda tersebut. Domain atau nama blog kita itu pastikan tidaklah terlalu berbeza dengan niche blog kita. Kalau berkaitan masakan, cuba dapatkan domain seperti sukamasak.com atau masak2u.com dan sebagainya.
Dapatkan nama unik blog atau domain ini supaya ia menampakkan blog anda dalam mood professional sekali gus ianya memberi kepercayaan kepada pembaca. Untuk daftar domain tersebut, ianya perlukan bayaran tetapi bayarannya cukup rendah sebenarnya. Sebagai contoh, jika anda dapatkan domain .com di DataKL bayarannya adalah RM53 untuk setahun atau RM4.5 sebulan. Murah kan.
#3. Bina Blog Melalui Platform Blogspot Atau Wordpress
Kini barulah masuk ke 'software' yang diberitahu sebelum ini dimana platform yang anda boleh gunakan untuk menulis dan bermula menjadi seorang blogger yang betul. Platform yang disediakan sebenarnya terlalu banyak dan paling terkenal bagi tahun 2020 ini adalah Blogspot dan Wordpress.
Bagi penulisan ini, ianya ditekankan berkaitan Blogspot. Ini kerana platform ini untuk set up nya tidaklah terlalu rumit berbanding Wordpress. Sebenarnya, jika anda zero knowledge berkaitan teknologi atau IT ini pun, anda mampu untuk bina blog melalui Blogspot ini. Jika di Wordpress, sedikit sebanyak anda perlu juga ketahui ilmu IT untuk menggunakannya. Tetapi ianya terserah kepada anda.
Jadi selepasa anda sudah dapatkan niche dan domain. Kini anda boleh rangkumkan semuanya melalui platfom blogspot ini. Anda hanya perlu daftar di www.blogger.com dan daftar melalui akaun gmail sahaja. Selepas itu, anda sudah boleh terus mula menulis dan mungkin boleh terus menjadi seorang blogger pemula.
Tetapi anda perlu tahu, jika anda inginkan blog anda menjadi lebih terkenal dan dilawati oleh ramai orang, sedikit sebanyak anda perlu juga dapatkan ilmu blog itu. Anda boleh cari sahaja pelbagai info berkaitan blog di Google ataupun lebih mudah, anda beli sahaja Panduan SEO Algo Fix disini. Jimat masa, semua perkara berkaitan blog ada dalam buku banduan tersebut.
#4. Anda Sudah Boleh Mula Tulis
Perkara asas jika ditanya adalah 3 perkara diatas iaitu dapatkan niche blog, kemudian beli domain dan akhirnya bina blog melalui platform Blogspot. Jika anda sudah selesai 3 perkara ini, anda sudah boleh menulis blog dan berkongsi penulisan anda tersebut kepada orang ramai.
Zaman 2020 kini ianya menjadi lebih mudah bagi membuatkan orang ramai tahu akan kewujudan blog kita iaitu melalui perkongsian di media sosial. Inilah antara cara untuk anda promosikan blog melalui facebook, twitter, instagra atau youtube sekali pun.
Selain menulis, sebenarnya blog juga antara platform untuk anda menghasilkan wang. Dengan hanya berkongsi penulisan dan mempunyai trafik visitor yang baik, anda mampu untuk hasilkan pendapatan yang padanya tiada limit. Pastikan blog anda sudah matang dan mempunyai traffik yang tinggi, caranya dapatkan sahaja Panduan SEO Algo Fix ini. Banyak panduan yang dikongsikan.
Kini Anda Seorang Blogger
Selesai 4 panduan ini, mungkin anda boleh gelar diri sebagai seorang blogger. Anda hebat atau tidak, ianya pengiktirafan daripada pembaca kita sendiri. Tugas kita hanya menulis dan kongsikan penulisan tersebut terhadap orang lain. Jadi harap perkongsian panduan untuk bermula menjadi seorang blogger pemula ini memberi sedikit gambaran kepada anda semua.
Jika rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada rakan dan laman sosial anda. Supaya lebih ramai lagi mendapat manfaat daripadanya.