Tahukah anda kini, terdapat seorang makcik yang hebat diperkatakan di dunia internet iaitu Makcik Kiah. Kenapa makcik ni trending? Apa yang telah dibuat olehnya?
Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.
Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Jika anda lihat carta google dan juga twitter khususnya, nama Makcik Kiah kini trending dan heboh diperkatakan oleh nitizen. Rata-rata tahu akan siapa makcik ini dan ada juga yang tidak ketahui siapa makcik yang disebut-sebut ini.
Makcik Kiah ini trending sejurus pengumuman Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berkaitan Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau dipanggil PRIHATIN. Inisiatif yang diberikan kepada semua rakyat tanpa ada yang tercicir.
Siapa Makcik Kiah Yang Trending Ini?
Gambar sekadar hiasan
Sebelum kita kenali siapa itu Makcik Kiah, jom kita tengok dulu serba sedikit latar belakang Makcik Kiah bersama keluarganya.
Nama : Makcik Kiah
Tinggal : PPR Desa Tun Razak
Pekerjaan : Peniaga (menjual goreng pisang)
Pekerjaan Suami : Pesara Kerajaan dan kini kerja membawa Grab
Anak : Peminjam PTPTN
Inilah antara latar belakang ringkas Makcik Kiah. Jadi siapa sebenarnya beliau?
Sebenarnya, Makcik Kiah ini merupakan contoh case study yang diberikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dengan Pakej Ransangan PRIHATIN. Jadi ikuti skrip penuh dibawah berkaitan Makcik Kiah ini.
Jadi Makcik Kiah bukanlah individu yang betul-betul wujud di alam nyata. Tetapi hanya di dalam perutusan khas dan juga di alam internet sahaja.
Case Study
Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat
Bantuan Diperoleh
Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir.
Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.
Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.
Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664.
"Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat"