SOP Kini Diperketatkan Bagi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 Bermula 1 April Hingga 14 April 2020

Sebelum ini, Perdana Menteria telah mengumumkan dimana Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) telah dilanjutkan dengan tarikh baru iaitu bermula 1 April hingga 14 April 2020.


SOP Kini Diperketatkan Bagi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2

Menteri Kanan, Dato Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) baru bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa 2. Beliau juga menambah, kali ini peraturan telah diperketatkan berbanding fasa 1 sebelum ini. Pelaksanaan akan lebih tugas.

Sebelum ini, pihak Polis telah menahan 165 individu dan sebahagian telah dijatuhkan hukuman denda dan penjara akibat tidak mematuhi arahan PKP ini.

Sebagai maklumat, sehingga kini telah di dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Simpang Renggam, Hulu Langat dan juga terbaru di Menara City One. Jadi mengelakkan lebih banyak lagi terjadi perintah ini, sila duduk di rumah dan patuhi arahan PKP.

SOP Terbaru Bagi Perintah Kawalan Pergerakan, PKP Fasa 2


Justeru itu, bagi semua rakyat Malaysia tolong patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 ini yang bermula 1 hingga 14 April 2020.

1.  Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk pasar raya dan pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

2.  Restoren dan kedai makan (untuk dibungkus sahaja) boleh beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.

3.  Bagi perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan LRT beroperasi 6 pagi hingga 10 pagi dan juga 5 petang hingga 10 malam

4.  Manakala bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing (grab, mycar dan sebagainya) beroperasi bermula 6 pagi hingga 10 malam

5.  Perkhidmatan penghantaran makanan (delivery) dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam

Dinasihatkan tidak bersemuka dengan penghantaran makanan/barangan dan juga galakkan makanan diletakkan di luar pagar. alert-info

SOP Kini Diperketatkan Bagi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2

6.  Operasi stesen minyak dihadkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam

7.  Pengangkutan komersial membabitkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7 malam hingga 7 pagi.

8.  Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan

9.  Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian

10.  Kelonggaran kepada golongan Autism dan OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan

11.  Rumah-rumah ibadah tidak dibenarkan diadakan sebarang aktiviti ibadah dan berkumpulan



Post a Comment

Previous Post Next Post