COVID-19 Diisyitharkan Sebagai Pandemik. Apa Itu Maksud Pandemik, Epidemik Dan Endemik

WHO telah isytiharkan COVID-19 sebagai Pandemik. Pengumuman ini telah dibuat dan boleh diperoleh melalui twitter rasmi WHO.


Ternyata wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini tidak menampak trend penurunan di setiap negara. Setiap hari pastinya kita dapat baca maklumat dimana penambahan pesakit positif COVID-19 dan juga penambahan kes yang membawa kepada kematian.

Di Malaysia pun sama, trend masih lagi menunjukkan kenaikkan dan katanya sudah membawa kepada gelombang ke-2. Paling terbaru adalah kemungkinan jangkitan ini ada ada 5000 peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020 yang lepas.

Melalui kes ini, pihak KKM menggesa setiap peserta tersebut supaya menghubungi pihak Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan (CPRC) bagi melaporkan keadaan kesihatan ketika ini. Klik pautan ini untuk hubungi pihak tersebut.

Dengan kes yang semakin membimbangkan ini, pada hari ini, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 ini sebagai Pandemik.

Kenapa ianya digelar sebagai Pandemik? Apa pula beza dengan Endemik dan Epidemik? Ikut penerangan di bawah ini.

Apa Itu Endemik, Epidemik Dan Pandemik?

3 perkataan atau istilah ini kerap digunakan untuk menunjukkan betapa seriusnya sesuatu penyakit menular, namun ia membawa maksud yang berbeza.

Apa Itu Endemik, Epidemik Dan Pandemik?

Endemik

(En-demik = Di dalam - daerah/orang)

Kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah. Sebagai contoh di Malaysia adalah kejadian demam denggi. Kita pasti dapat dengar kes ini apabila berlakunya musim hujan kepada ketika itu, lebih mudahlah nyamuk Aedes membiak kerana mempunyai banyak tempat takungan.

Epidemik

 (Epi-demik = Di kalangan - daerah/orang)

Kejadian penyakit naik mendadak melebihi kadar biasa dan dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu. Ia juga dikenali sebagai Wabak. Sebenarnya pada awal kejadian COVID-19 ini, virus ini telah dianggap wabak atau epidemik bila ianya tersebar luar di dalam China sahaja. Tetapi kini ianya tidak lagi kelaskan dalam istilah ini kerana COVID-19 adalah Pandemik.

Pandemik

(Pan-demik = Semua-daerah/orang)

Secara mudah, Pandemik ini digunakan dalam keadaan kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia. Ianya merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasaanya melibatkan jangkitan penyakit baharu atau dikenali sebagai Novel seperti COVID-19 ini.

Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Inilah yang melanda dunia ketika ini Pandemik COVID-19

Menerusi perkongsian statistik COVID-19 di Twitter KKM (bertarikh 12 Mac 2020) menunjukkan :

  • China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import
  • Wabak di Eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di Italy, Perancis dan Sepanyol
  • Amerika Syarikat umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK

covid terbaru

Jagalah kesihatan anda, jauhi tempat-tempat yang ramai orang seperti pusat membeli belah, taman rekriasi dan juga sentiasalah basuh tangan anda dengan sabun serta elakkan sentuh tangan pada bahagian muka.

Post a Comment

Previous Post Next Post